Perkongsian pelakon Fathia Latiff mengenai keputusan hukuman yang dikenakan terhadap Presiden MUDA, Syed Saddiq nampaknya mengundang pelbagai respon dalam kalangan netizen di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Fathia menulis panjang lebar mengenai hukuman yang dikenakan figura politik yang dirasakan keterlaluan dan tidak padan dengan jenayah yang dilakukannya. Fathia juga merasakan bahawa Syed Saddiq terlalu muda untuk dikenakan hukuman berat dan menurutnya lagi, hukuman sebatan hanyalah untuk kes jenayah rogol. "Judge mana la ni tak lepas criminal law ke? Ijazah you tu campak je la dalam lombong. Mana bukti dia bersalah? Reveal la sikit dalam media baru la kukuh 5% sikit korang punya headline tu. "Kena bayar bawah meja ke sis ooops. Ni tetiba je Syed Saddiq bersalah," tulisnya. Tambahnya lagi, dia mempunyai hak untuk bersuara dan meminta hakim untuk menyemak semula Artikel 5 di dalam perlembagaan Malaysia. Malah, pelakon itu juga menggesa supaya diadakan rampasan kuasa atau kudeta dalam kalangan pengikutnya. Mungkin kerana dikecam teruk gara-gara kenyataan yang dikeluarkan di Instagram, Fathia dilihat telah mengubah kapsyen Instagram hantarannya itu.
|
aammyy replied at 11-11-2023 01:26 PM
Hukuman sebatan mmg ada tapi pak pak munteri yg pernah dijatuhkan hukuman atas kesalahan sama ni keb ...
sleepandream replied at 11-11-2023 01:16 PM
7 tahun tu kalau tolak parol kelakuan baik bagai rasanya 3 tahun jah..
tapi skrg pending tunggu mahk ...
ADVERTISEMENT