CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tujuh Juta Bakal Derita Diabetes Pada 2025

11-11-2023 08:37 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2589| Komen: 27

Kuala Lumpur: Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat, dengan anggaran tujuh juta rakyat orang dewasa akan menghidap penyakit diabetes menjelang 2025, kata Pakar Perunding Endokrinologi dari Pusat Perubatan Sunway Dr Teoh Wei Leng.


Beliau berkata, jenis yang paling biasa dihidapi bagi penyakit ini ialah Diabetes jenis 2, yang sejak akhir-akhir ini turut menjejaskan ramai golongan muda.


"Salah satu perkara yang paling membimbangkan ialah usia pesakit yang didiagnosis dengan diabetes kini semakin muda.

"Baru-baru ini saya mendiagnos seorang remaja berumur 17 tahun yang mempunyai sejarah obesiti sejak kanak-kanak serta sejarah keluarga dengan diabetes.

"Malah pakar endokrinologi pediatrik kami juga menerima lebih ramai pesakit kanak-kanak Jenis 2 itu dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, diabetes ialah satu penyakit yang kronik apabila pankreas seseorang individu itu tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau apabila pankreas tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan.

"Insulin ialah hormon yang membantu glukosa masuk ke dalam sel kita bagi digunakan untuk tenaga dan apabila ini gagal, ia boleh menyebabkan paras glukosa meningkat dalam badan kita dan dalam jangka masa yang lama boleh meningkatkan risiko kerosakan organ pada mata, buah pinggang, saraf, saluran darah atau jantung," katanya.

Beliau menegaskan tabiat pemakanan yang buruk, gaya hidup tidak aktif, dan obesiti adalah penyebab utama diabetes, dan disebabkan itu didikan amalan memilih makanan yang sihat sejak kecil adalah perlu agar dapat membentuk tabiat pemakanan yang baik sepanjang hayat sekali gus mengurangkan peningkatan obesiti.

"Kerap membuang air kecil, dahaga yang berlebihan, penurunan berat badan secara tiba-tiba, dan kelesuan adalah tanda-tanda yang sering berlaku. Jika anda mengalami gejala ini, jangan abaikannya, periksa paras gula dalam darah anda dengan segera. Hari ini paras gula dalam darah boleh diperiksa secara percuma atau dengan sedikit bayaran di farmasi atau klinik," katanya.

Beliau berkata, salah satu cabaran dalam menguruskan diabetes ialah penyebaran mitos dan tanggapan yang salah dan Dr Teoh dengan pantas menepis tanggapan salah ini, terutamanya yang berkaitan dengan ubat.

"Tanggapan salah yang biasa kita dengar ialah ubat diabetes boleh memudaratkan buah pinggang. Walhal hakikatnya diabetes yang tidak terkawal itulah yang membawa kepada kerosakan buah pinggang, bukannya ubat preskripsi. Kerana itulah penting untuk pesakit mematuhi jadual janji temu dengan doktor diabetes mereka," katanya.

"Diet seimbang yang merangkumi bijirin penuh, protein tanpa lemak, buah-buahan, dan sayur-sayuran adalah penting. Gabungkan pemakanan sihat ini dengan senaman yang kerap - walaupun dengan berjalan pantas setiap hari, ini boleh membawa kepada perubahan besar," tambahnya.

Berhubung pilihan rawatan Dr Teoh berkata, terdapat kemajuan yang memberangsangkan dalam rawatan dan pengurusan diabetes ketika ini, daripada ubat-ubatan berinovasi hinggalah kepada sistem pemantauan glukosa yang berterusan, serta pelbagai peralatan yang boleh digunakan bagi merawatnya.

"Bagaimanapun penjagaan peribadi yang sesuai dengan keperluan atau gaya hidup pesakit, serta pengetahuan pesakit terhadap diabetes merupakan perkara asas yang perlu ada bagi mendapatkan rawatan yang berkesan," katanya.

Dr Teoh berkata, dengan ilmu pengetahuan dan sokongan yang betul, individu yang menghidap diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal, dan menurutnya ia boleh dilakukan menerusi pendekatan holistik yang merangkumi pemahaman mengenai keadaan penyakit itu dan membuat pilihan bermaklumat.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 11-11-2023 09:41 AM
Muda mudi suka minum manis2...tengok kat kiosk minuman mcm2 skrg ramai beratur nk beli...
Quote caprut 11-11-2023 09:45 AM
mejaputih replied at 11-11-2023 09:41 AM
Muda mudi suka minum manis2...tengok kat kiosk minuman mcm2 skrg ramai beratur nk beli...

Ptotnya dah kena naik kos daftar dan rawatan di fasiliti kerajaan. Byk lg penyakit kkm ptot boleh cover bkn ncd je
Quote mejaputih 11-11-2023 09:50 AM
caprut replied at 11-11-2023 09:45 AM
Ptotnya dah kena naik kos daftar dan rawatan di fasiliti kerajaan. Byk lg penyakit kkm ptot boleh  ...

Hari tu dgrnya dah naik...tp mengamuk netizen..
Quote kotakbaju 11-11-2023 09:54 AM
Baru ni aku singgah farmasi cek gula, kolestrol, tekanan darah. Sebab dok rasa pening2. Tekanan gula & kolestrol ok, cuma tekanan darah turun. Patut le dok pening2.
Quote honam 11-11-2023 11:38 AM
diabetes ni boleh buatkan mati pucuk betul ke?
Quote Chah21 11-11-2023 06:53 PM
honam replied at 11-11-2023 11:38 AM
diabetes ni boleh buatkan mati pucuk betul ke?

Betul..mari ler kita jaga gula .. intake 20g je sehari
Quote kakikuDibibirmu 11-11-2023 07:15 PM
Banyak sangat minum Bubble Bee
Quote I.K.A888990 12-11-2023 12:35 AM
mcm2 makanan minuman manis2 ada kat sini
nafsu nak benda2 manis ni susah betul nk buang
Quote kakikuDibibirmu 12-11-2023 12:37 AM
I.K.A888990 replied at 12-11-2023 12:35 AM
mcm2 makanan minuman manis2 ada kat sini
nafsu nak benda2 manis ni susah betul nk buang

Itu bukan nafsu, itu namanya sugar addiction
Quote honam 12-11-2023 12:52 PM
Chah21 replied at 11-11-2023 06:53 PM
Betul..mari ler kita jaga gula .. intake 20g je sehari

tak semua juga kot, ada je tengok yg kencing manis teruk, tapi alhamdulillah dikurniakan rezeki anak lagi
Quote antikorok 12-11-2023 01:16 PM
Air terpaling sochi disalahkan virus Covid... Eh silapp...

Risiko koncing manis mencanak serope Gunung Everest terhadap individu yg dah dijangkiti Covid tersengih sinissssss

Diabetes risk rises after COVID, massive study finds Even mild SARS-CoV-2 infections can amplify a person’s chance of developing diabetes, especially for those already susceptible to the disease.

https://www.nature.com/articles/d41586-022-00912-y

Studi: Covid-19 Tingkatkan Risiko Diabetes Tipe 2
https://www.cnnindonesia.com/gay ... iko-diabetes-tipe-2

Yang dah cucok air terpaling sochi,... Eh silap lagik..
Yang dah pernah kena jangkitan Covid awas ya sila check tahap koncing manis ya


Quote Chah21 12-11-2023 07:28 PM
honam replied at 12-11-2023 12:52 PM
tak semua juga kot, ada je tengok yg kencing manis teruk, tapi alhamdulillah dikurniakan rezeki an ...

Biasa klu yg dpt tu perempuan yg kencing manis.. tu pon klu gula x brapa tinggi
Quote sharlenetexas 12-11-2023 07:30 PM
kakikuDibibirmu replied at 12-11-2023 12:37 AM
Itu bukan nafsu, itu namanya sugar addiction

Itu ketagih namanya.

Quote brego 12-11-2023 07:54 PM
Edited by brego at 12-11-2023 07:55 PM

budak2 muda in their 20s sekarang gemok2

makan/minum banyak, mengunyah tak berenti,
exercise malass

lantak ler kan, sakit pun badan sendiri
masuk 30s konfem kena macam2 penyakit
badan dan muka pun dah macam orang warga emas
Quote brego 12-11-2023 08:04 PM
Edited by brego at 12-11-2023 08:14 PM
I.K.A888990 replied at 12-11-2023 12:35 AM
mcm2 makanan minuman manis2 ada kat sini
nafsu nak benda2 manis ni susah betul nk buang

ikut kan nafsu, kaki kena potong
organ rosak, buah pinggang rosak,
mata boleh jadi buta

gula ni RACUN dalam badan
nak pulak bila dah overdose

bawah ni falsafah hidup orang2
yang sehari tak complete hidup nya, kalau tak minum manis


[tiktok]7271894120879131912[/tiktok]

[tiktok]7293387483390217490[/tiktok]

[tiktok]7276288515241954578[/tiktok]



Quote kakikuDibibirmu 12-11-2023 10:09 PM
sharlenetexas replied at 12-11-2023 07:30 PM
Itu ketagih namanya.

Mohon masuk pusat serenti
Quote sharlenetexas 12-11-2023 10:13 PM
kakikuDibibirmu replied at 12-11-2023 10:09 PM
Mohon masuk pusat serenti

Kak kaki nak masuk ke?

Quote kakikuDibibirmu 12-11-2023 10:29 PM
sharlenetexas replied at 12-11-2023 10:13 PM
Kak kaki nak masuk ke?

Kita tak ketagih gula, kita cuma ketagih methamphetamine
Quote ina_na 12-11-2023 10:31 PM
Logik je la .tgk je la pemakanan budak2 muda skrg ni mcm mn... Semua manis2..konon ikut trend...ni Salah satu cr tuk mengurangkan populasi umat manusia la kot... Agak2 kalo makin meningkat pesakit diabetes dr kalangan org muda adekah polis insurance akan berubah..hehehe.x Kan company insurance nk rugi

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.527737 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top