CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pintu Sempadan Malaysia-Thailand Sesak, Ramai Nak Bercuti Ke Hatyai

11-11-2023 08:31 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3373| Komen: 34

Rantau Panjang: Pintu sempadan Malaysia - Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini, sesak dengan ribuan pelancong dari dalam negara mahu bercuti di Hatyai, Thailand.


Orang ramai mula berkumpul seawal 5.30 pagi, menunggu pagar sempadan yang dibuka pihak berkuasa, 7 pagi, selain berlaku kesesakan kenderaan sejauh lebih satu kilometer (km).


Seorang pelancong, Fatin Nabila Sabri, 31, berkata, dia bersama 11 rakan lain menaiki van dari Kuantan, Pahang, untuk melancong ke Thailand dan sampai 3 pagi, di sini, sebelum beratur untuk memasuki pintu sempadan.

"Kami sudah sedia maklum bahawa akan berlaku kesesakan untuk proses pengesahan pas sempadan atau pasport selepas melihat situasi ini mula tular di media sosial. Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat kami untuk bercuti ke Hatyai.

"Sekitar 6.30 pagi, saya dapat melihat orang ramai dari pelbagai negeri berpusu-pusu sampai untuk memasuki Thailand, dan kebanyakan yang saya temui adalah mereka yang mahu melancong ke lokasi sama iaitu Hatyai.


"Alhamdulillah, dengan adanya anggota keselamatan seperti pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami berasa selamat dan urusan di pintu masuk berjalan lancar," katanya ketika ditemui di ICQS Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi Rosni Ibrahim, 44, dia dan keluarga mengambil keputusan ke Hatyai hari ini kerana sudah menyangkakan kesesakan hanya berlaku pada semalam, namun tidak menyangka hari ini tidak kurang ramainya.

"Ini adalah kali pertama kami mahu ke Hatyai dan sudah merancang sejak beberapa bulan yang lalu. Sebenarnya, saya sendiri dapat mengagak akan berlaku kesesakan memandangkan sekarang adalah waktu cuti sekolah dan ramai ambil peluang untuk melancong.

"Kami tidak kisah untuk beratur di sini, asalkan impian untuk ke Hatyai tercapai selepas sekian lama melihat kemeriahan lokasi pelancongan berkenaan melalui media sosial," katanya.

Pintu ICQS Rantau Panjang difahamkan sesak setiap kali cuti sekolah kerana menjadi tumpuan pelancong untuk memasuki Thailand yang majoritinya mahu ke Hatyai sama ada secara persendirian atau ejen pelancongan.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 11-11-2023 08:58 AM
Ya...ya....sila maju dan kayakan Thailand. Ekonomi diaorang pun lagi power dari Malaysia. Sok....sok.....kita ramai2 pergi Thai, Indon, Vietnam......cari kerja, cari makan.
Quote ultra78 11-11-2023 09:05 AM
Nak bercuti di Langkawai mahal...
Quote Samerosie 11-11-2023 09:12 AM
Eh, bukan ke RM still tinggi dan majoriti nak beli beras pun tak mampu tapi boleh gi jjcm siam?  Siambest!
Quote gekkou 11-11-2023 09:34 AM
mampu dok umah je bilang kereta lalu lalang depan umah
Quote lurve82 11-11-2023 10:09 AM
Slmt bercutiiiii. Kita dok umah je
Quote wirazam 11-11-2023 10:12 AM
ultra78 replied at 11-11-2023 09:05 AM
Nak bercuti di Langkawai mahal...

Kannnnn..
Kerajaan negeri Kedah tak all out ke buat promosi jaw kaw...
Quote laqoyah 11-11-2023 10:17 AM
Makan sedap, murah...hotel selesa...shopping pun murah resipi kejayaan,
Quote ultra78 11-11-2023 10:36 AM
Kenapa diaorg tak bercuti di Kelantan sahaja?

Quote OshinDaSolja 11-11-2023 11:08 AM
so unpatriotic...iollz dh tak jejak Thailand since sebelum covid lg... so far bercuti dlam Malaysia saja untuk tolong support ekonomi kita... lg satu kena take note, mkan ayam dkt Thailand tu sure ke halal bersih? mmg la beli dari peniaga muslim, tp yakin ke ayam tersebut diambil dari supplier muslim? terutamanya sekitar Hat Yai dan ke atas...beware
Quote pengecatbintang 11-11-2023 01:05 PM
OshinDaSolja replied at 11-11-2023 11:08 AM
so unpatriotic...iollz dh tak jejak Thailand since sebelum covid lg... so far bercuti dlam Malaysia  ...

aku rasa kebanyakan pi Thai ni melayu kita

heran aku

bukankah Thai ni majoriti bukan melayu n bukan Islam jugak

naper melayu2 ni x sokong bisnes pelancongan Mesia mcm langkawi yg kebanyakan homestay n tempat makan n penjual cenderahati orang melayu gak

kata undee Pee Een sbb sokong bangsa sendiri

walaupun mahal kat langkawi tu, tetap bantu orang kita

cakap bikin x seroper  
Quote pengecatbintang 11-11-2023 01:08 PM
Edited by pengecatbintang at 11-11-2023 01:09 PM
ultra78 replied at 11-11-2023 10:36 AM
Kenapa diaorg tak bercuti di Kelantan sahaja?

patutnya bercuti kat Klate, Ganu, Kedah n Perlis

bukankah ini negeri2 majoriti Pee Een

naper x tolong jana ekonomi orang melayu Islam kat negeri2 Pee Een ni

naper pi jana ekonomi thai yg majoriti non muslim n bukan bangsa melayu

time ngudi..

berdegar degar cakap kerana bangsa n agama

kena batang idung

ke laut
Quote pengecatbintang 11-11-2023 01:11 PM
lepas ramai2 Mesian melancong sana..

kmdian porumer2 cari wat2 heran tanya

naper matawang baht naik VS RM

bodo ke x bodo punya soalan
Quote anony-mous 11-11-2023 01:12 PM
Samerosie replied at 11-11-2023 09:12 AM
Eh, bukan ke RM still tinggi dan majoriti nak beli beras pun tak mampu tapi boleh gi jjcm siam?  Sia ...

Alahai mesti ada komen mcm ni. Hat yg komplen beras xmampu tu berlainan org dgn yg beratur ke siam.
Quote anony-mous 11-11-2023 01:13 PM
pengecatbintang replied at 11-11-2023 01:11 PM
lepas ramai2 Mesian melancong sana..

kmdian porumer2 cari wat2 heran tanya

Tp singaporean selalu melancong membeli dlm malaysia, xde pon buatkan matawang malaysia makin tggi?? Makin jauh dollar sg tinggalkan kita.
Quote cmf_premierleag 11-11-2023 01:14 PM
Biarlah org nk melancong ke mana2 pun..duit diorg....padan muka la langkawi sapa suruh letak harga yahudi
Quote _blackbird 11-11-2023 01:14 PM
Aku tak pernah roadtrip ke thailand. Border bukan 24jam ke. Pukul 7 sampai pukul berapa buka ni? Igt mcm border singapore 24jam buka. Bila rasa bosan sapppp terus gi ciq
Quote Samerosie 11-11-2023 02:33 PM
anony-mous replied at 11-11-2023 01:12 PM
Alahai mesti ada komen mcm ni. Hat yg komplen beras xmampu tu berlainan org dgn yg beratur ke siam ...

Memang i saja cakap, khas kepada porimers yg haritu meratip beras tak de etc semata2 nak mengata pmx.
Quote asamfish 11-11-2023 03:00 PM
Samerosie replied at 11-11-2023 09:12 AM
Eh, bukan ke RM still tinggi dan majoriti nak beli beras pun tak mampu tapi boleh gi jjcm siam?  Sia ...

hahaha....i was thinking to write the same thing!  tapi nak baca dulu yang lain2...tengok2 you dah tulis....hehehe....mana kata yang dok meratap RM jatuh teruk...segala beras naik rega.....tapi bab berjalan......sakannnnn naaaa....tu belum yang pi US korea oz vietnam turkey bagai.....
Quote pengecatbintang 11-11-2023 03:09 PM
anony-mous replied at 11-11-2023 01:13 PM
Tp singaporean selalu melancong membeli dlm malaysia, xde pon buatkan matawang malaysia makin tggi ...

Singapore DAP perintah..

very minimum sakau n resuah

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.064889 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top