CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Michelle Yeoh Bikin Ramai Berang, Dikecam Tak Sensitif Jadi Duta Jenama Pro Israel

10-11-2023 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5191| Komen: 43

Tan Sri Michelle Yeoh dikecam tidak sensitif apabila mengumumkan pelantikan dirinya sebagai duta jenama terkemuka antarabangsa, Balenciaga.

“Saya teruja menyertai Balenciaga sebagai duta jenama mereka," umumnya di Instagram sekaligus mencetuskan kemarahan ramai.


“Fesyen merupakan sejenis bentuk seni dan bukan hanya tentang pakaian tetapi ekspresi diri. Ini adalah cara saya berkomunikasi mengenai kerja,” katanya.


Foto: IG

Perkongsian tersebut seterusnya meraih rasa kurang senang netizen yang berpendapat pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Academy Awards Ke-95 itu tidak prihatin dengan nasib yang dihadapi penduduk Gaza di Palestin ketika ini.


“Saya sayang awak Michelle tetapi bukan sebagai duta Balenciaga.

“Apa perasaan awak menjadi duta sebuah jenama yang pro-Israel dan pernah terpalit isu seksual kanak-kanak dalam poster iklan mereka,” ujar netizen.



Sebelum ini, Michelle merupakan antara selebriti antarabangsa yang lantang bersuara berkaitan isu melibatkan kemanusiaan.

Terdahulu, selain Michelle, beberapa selebriti antarabangsa lain yang pernah dikecam kerana menunjukkan sokongan terhadap Israel ialah Gal Gadot, Justin Bieber dan Selena Gomez.


Sementara itu, model terkemuka, Bella Hadid yang lantang bersolidariti berkaitan isu Palestin pula dipecat sebagai duta jenama antarabangsa, Dior dan diganti dengan model kelahiran Israel. –CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 10-11-2023 06:47 PM
Dia ni org Perak kan. Kat sana gereja2 Kristi sokong Israhelllll...
Quote anony-mous 10-11-2023 06:49 PM
Euw ni bkn isu israhell dah. Balenciaga ni kan pro pedo. Geng pedo. Jijik yach sapa still guna n jd muka to this brand. PA or agent MY x check dlu ke isu balenciaga ni???
Quote Antifake 10-11-2023 06:56 PM
Apa dia kisah. Dah berada di atas rasa rugi kalau tolak. Hati penaja perlu dijaga
Quote pokokmeranti 10-11-2023 06:58 PM
Kontrak dah signed sblm konflik?
Quote chekacheku 10-11-2023 06:59 PM
Kita jaga kita..semoga palestine merdeka dr dijajah isahell laknatullah..
Quote tulip-rain 10-11-2023 07:51 PM
Betul tu. Selain isu pro israel, isu pedofil tu pun.

Tp ape nak hairan. Ade retis malaysia lepas post pasal palestin, lepas tu post gambar2 pergi event salah satu fashion brand yg pro israel. Tp sbb sendu jd takdelah kena kecam.
Lagilah si michelle ni kan.
Quote Thunderclouds 10-11-2023 07:55 PM
Dia perlu jaga periuk nasik.
Baruuu sgt lg those jews bg dia patung emas tu.
Takan nk gigit blk tgn yg suap mkn khuenss..
Takut bkubur lak career kt holiwud sana.
Quote TomyamPuteh 10-11-2023 08:37 PM
Ingat dpt fame kosong je ke?
Quote alesandra 10-11-2023 08:45 PM
Seb baik aku mmg rooting acik cate haritu bukan ahso ni.si ana de armas pulak siap unfollow gal gadot
Quote kakikuDibibirmu 10-11-2023 08:49 PM
alesandra replied at 10-11-2023 08:45 PM
Seb baik aku mmg rooting acik cate haritu bukan ahso ni.si ana de armas pulak siap unfollow gal gado ...

Pak Lah dengan Tan Sri Michelle Yeoh tersenyum sinis:




Quote sleepandream 10-11-2023 10:01 PM
mohon tarik gelaran tan sri sheols and berikan dekat tokti yach.... tiberrr
Quote bloodyamuk 11-11-2023 12:35 AM
dah la menang oscar filem ntah apa2...orang mesia hadap pengiktirafan mat saleh, padahal filem cringe namampus

ko ingat dia hairan netizen mesia nak boikot dia? hello dia hollywood elitis yach
Quote September14 11-11-2023 01:18 AM
Ptut la aku x suka dia ni masa oscar tu pun aku xnk dia mnng baik cate blanchet… rupanya pnyokong jnma plg lhnt
Quote Ayda89 11-11-2023 01:22 AM
Kesah plak dia dgn palestin,pedo semua tu..asalkan dapat duit kepuk2..ini la ahso yg dibangga2 kan sgt
Quote DianaSaksen 11-11-2023 01:43 AM
Macam raline shah tu neutral jer
Habis kena hentam
Iyalah dia banyak kena jemput event antarabangsa
Quote hyie 11-11-2023 02:17 AM
kalau sheols muslim, iols hencap jualah sheols. Tapi since non muslim, so sukati dialah noks. Dah dia pun based kat US sana, what do u expect?
Quote jambatannetizen 11-11-2023 02:39 AM
DianaSaksen replied at 11-11-2023 01:43 AM
Macam raline shah tu neutral jer
Habis kena hentam
Iyalah dia banyak kena jemput event antarabangsa

ku rase retis indonesia mostly banyak tak kisah or ambil port sangat kot isu palestine. Rakyat dia pun takde ugut mana artis2 kalau tak post, kira dosa besar

Tengok macam BCL itu jelah haha.
Quote Imkhai 11-11-2023 06:02 AM
jambatannetizen replied at 11-11-2023 02:39 AM
ku rase retis indonesia mostly banyak tak kisah or ambil port sangat kot isu palestine. Rakyat dia ...

Btl diaorg sana tak kisah pon sekor2 padahal sana muslim paling ramai netizen diaorg pon relex2 je bt hal masing2 jgn sini lain mcm marah btl retis tak post bab palestin
Quote sharlenetexas 11-11-2023 06:17 AM
lantang bersuara berkaitan isu melibatkan kemanusiaan.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.054981 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top