|
“Janganlah bandingkan anak anda dengan anak artis. Bukan nak kata artis hebat, jangan salah faham. Tetapi dia sudah didedahkan dengan dunia glamor sejak kecil,” kata Rozita Che Wan, 50. Katanua Aaisyah sedari kecil sudah didedahkan dengan kehidupan selebriti yang menuntutnya untuk hadir ke majlis-majlis hiburan dan sesi penggambaran.
“Kadang-kadang saya pun tak faham, kenapa ada segelintir netizen yang bila memberi komen memang layak disagat dengan batu jalan. Bukan nak kata anak artis ini lebih tetapi dia dah biasa dengan limelight. “Mak dia pula Che Ta yang semua orang tahu, bangun tidur sahaja dah bersiap melawa. Jadi dia terikut-ikutlah. Nak kata dia terlalu didedahkan dengan media sosial pun tidak juga, saya yang kawal semua. “Anak artis sudah terdedah dengan perkara-perkara di luar kebiasaan. Tidak sama seperti anak-anak orang di luar sana. Dia sendiri suka dengan benda-benda lawa dan mahu kelihatan cantik,” katanya kepada Utusan.
|


cm_vungtau replied at 10-11-2023 07:00 PM
Finally umur dia 50.


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.095379 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.