CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jasmine Suraya Sambung Belajar Di Akademi Lakonan Los Angeles, Bangga Sebaris Dengan Artis Ternama Antarabangsa

10-11-2023 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4382| Komen: 31

Jasmine Suraya menjadi rakyat Malaysia pertama diterima melanjutkan pengajian di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS).

Difahamkan dia akan berangkat bulan depan dan memutuskan berehat sebentar daripada dunia seni bagi mengikuti pengajian bidang lakonan 'method' yang mengambil masa selama setahun di sana.


Foto: IG

"Proses memohon sangat-sangat sukar. Saya kena tulis dua esei, uji bakat, dan temu duga. Memang sangat susah diterima masuk dan bila dapat tawaran itu, saya sangat terkejut. Ini peluang satu dalam sejuta dalam hidup dan rugi kalau tak hidup.

"Keputusan sukar dan rasa agak sayang apabila bila nak pergi, tiba-tiba banyak tawaran berlakon. Ada dari Indonesia, dipelawa membintangi Khunsa, OTT. Tapi saya rasa sangat penting sambung pengajian," katanya kepada Harian Metro.

Anak jati Kuching, Sarawak itu berkata dia secara spesifik memilih akademi itu kerana pernah menempatkan alumni terkenal termasuk Marilyn Monroe, Scarlett Johansson, Angelina Jolie, Al Pacino, Lady Gaga, Chris Evans, dan lain-lain.




"Saya mohon awal tahun ini tapi dapat keputusan agak lambat pada Julai. Saya memang pilih akademi ini kerana melihat alumni-alumninya pernah memenangi Oscars. Saya nak belajar daripada yang terbaik.

"Menjadi satu-satunya pelajar dari Asia untuk pengambilan kali ini adalah satu penghormatan. Akademi itu adalah satu-satunya institusi menawarkan bidang 'method acting' dalam dunia," katanya.

Dalam pada itu, Jasmine masih berharap permohonannya mendapat tajaan dana beberapa agensi kerajaan akan mendapat maklum balas. Ini kerana kos sepanjang pengajiannya menelan kos sekitar RM300,000.



Ia termasuk badan kerajaan di Sarawak dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Dia benar-benar berharap agar hasratnya mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan.



"Saya percaya, bidang seni ini walaupun ada pihak anggap tidak begitu penting, tetapi bidang seni juga mampu membawa keuntungan kepada sektor ekonomi negara.

"Berilah peluang kepada kami anak-anak seni ini untuk raih ilmu yang terbaik dan kemudiannya dapat kembali berbakti kepada industri perfileman negara," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 10-11-2023 07:20 PM
Nasib baik dia berlakon best jugak
Quote aina_shaira 10-11-2023 07:35 PM
Better belajar Cara berlakon best dari eman manan, wan hanafi su, Beto, hasnul rahmat ke
Quote I.K.A888990 10-11-2023 07:36 PM
ambil je peluang mana yg dtg
so lepas ni kita asa pelakon bertaraf hollywood la ehhhhh
Quote likilu 10-11-2023 07:38 PM
Wow tahniah

Neelofa kesayangan forum cari pun pernah kan belajar kat LA dlm bidang lakonan

Hasilnya sekarang satu family pandai berlakon, ada je bebenang yg timbul kat forum cari, hangar hangar semuanya. Adik dia pun bakat muda yg tak kurang hebatnya
Quote heythere123 10-11-2023 08:49 PM
ni akademi sama ke yang jah join?
Quote faint_heart 10-11-2023 09:07 PM
Sorry acting is not important .. u want to go find your own fund lah ..
Quote ReginaGeorge 10-11-2023 09:15 PM
Geng bellajongos ni… bff. Mulut sama kuat pitenah.
Quote timah03 10-11-2023 10:43 PM
Banyak sejarah artis dekat LA ni...
Ada yg Betul2 belajar... Ada yg tertiba alik bawa anak...
Quote ninajaybee 11-11-2023 08:05 AM
RM300k untuk kau sorang dan lepas tu yg menaja takde dapat hasil, negara pun takde dapat hasil.
Kau gatal nak pergi kau bayar sendiri.
Quote Gianna111 11-11-2023 08:10 AM
ReginaGeorge replied at 10-11-2023 09:15 PM
Geng bellajongos ni… bff. Mulut sama kuat pitenah.

bella mana chuols?
Quote Gianna111 11-11-2023 08:10 AM
timah03 replied at 10-11-2023 10:43 PM
Banyak sejarah artis dekat LA ni...
Ada yg Betul2 belajar... Ada yg tertiba alik bawa anak...

uik ada ker?
Quote eizarz 11-11-2023 10:21 AM
belajar kat sana ko kena tayang tetek nanti….
Quote cmf_premierleag 11-11-2023 02:28 PM
Kalo jasmine suraya ni aku x kecam sgt sbb dia talented...ms dlm film paskal, ada scene yg pegawai tentera dtg rumah dia, bagi uniform mendiang hasben dia sbb terbunuh ms serangan  musuh
Ms dia terima uniform kt rumah tu, mmg dia menangis ala2 real sgt...dgn aku skali menangis ala2 laki mati di medan perang gitu..mmg terkesan sgt emosi dia ms scene tu.
Quote Binderclips 12-11-2023 10:26 PM
Better pinjam dgn ptptn sbb itu badan pinjaman utk sambung belajar
Quote rayna_raynes 12-11-2023 10:28 PM
eizarz replied at 11-11-2023 10:21 AM
belajar kat sana ko kena tayang tetek nanti….

Dia bukan isley pun so apa ada hal

Quote allshares 12-11-2023 10:54 PM
Takpe krrajaan srwak bnyk duit. Dpt la tu tajaannya.
Quote irvene 12-11-2023 11:04 PM
timah03 replied at 10-11-2023 10:43 PM
Banyak sejarah artis dekat LA ni...
Ada yg Betul2 belajar... Ada yg tertiba alik bawa anak...

ok bagi clue. nk decode ni hahahaha
Quote jambatannetizen 13-11-2023 04:13 AM
cmf_premierleag replied at 11-11-2023 02:28 PM
Kalo jasmine suraya ni aku x kecam sgt sbb dia talented...ms dlm film paskal, ada scene yg pegawai t ...

Tapi kalau Jasmine ini ok lah kalau ada hati nak melebarkan sayap dekat LA. Orang Melayu payah sikit, nanti disoal macam2.
Quote snowflakes 13-11-2023 06:24 AM
Semoga dia mendunia... bukan isle kan senang sikit nak berlakon kat hollywood nanti...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.037184 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top