Seorang wanita berang mendakwa helmetnya telah dicuri. Namun video tular yang berdurasi satu minit tersebut mendapat kecaman warganet apabila wanita berkenaan bertindak melabel si pencuri sebagai seorang lelaki.
“Memang haram jadah jantan mana yang potong helmet aku. “Aku tak redha siapa yang ambil helmet aku, kau takde duit sangat ke bodoh! “Kalau takde duit nak beli helmet, tak payah curi, pergi cari kerja, jantan bodoh!” katanya. Video berkenaan mendapat reaksi negatif netizen di mana rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu menuduh secara melulu. Antara komen yang diterima: “Kau tuduh jantan yang curi, kalau bukan jantan yang curi macam mana,” “Betul la dalam semua situasi lelaki dipersalahkan," "Apesal jantan kena salah,"
"Nampak ke jantan yang sebat, kalau tak nampak jangan main tuduh je."-CARI Sumber: Gempak
|
ninja boy replied at 10-11-2023 06:35 PM
Kalau kamurang lalu lorong ada lelaki melayu cina india bangla pakistan indon sudah tentu kaurang la ...
ADVERTISEMENT