CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Rashid Kena Tahan Di Los Angeles, Bimbang Jadi Mangsa Islamfobia

10-11-2023 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5672| Komen: 70

Uyaina Arshad baru-baru ini ditahan pihak berkuasa sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX), Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dia disoal siasat disebabkan penampilannya bertudung dan raut wajahnya seperti wanita arab.


Foto: IG

"Pengawal berkenaan memiliki badan besar dan menyeramkan tapi Alhamdulillah ia bukan sesuatu yang serius.

"Itu belum cerita macam mana mereka tahan dan soal siasat saya. Mungkin sebab saya bertudung dan 'tutup' daripada atas ke bawah.

"Kening pula tebal, dia ingat saya orang arab. Masa ditahan rasa nak luruh jantung ke lantai," katanya di IG.


Dia sepatutnya meneruskan perjalanan ke New York dari Los Angeles namun memutuskan untuk tidak ke sana pada saat akhir.

Uyaina berkata, selain bimbang akan keselamatannya, firasatnya mengatakan agar tidak ke sana.



"Ada rasa yang tak best fasal New York. Firasat kata jangan pergi, jadi saya tukar tiket penerbangan pada minit terakhir," katanya.

Sementara itu, Uyaina berkata, buat masa ini dia memilih untuk berhenti berkongsi mengenai perkembangan diri di media sosial susulan kelantangannya bersuara mengenai konflik Israel-Palestin.

Uyaina berkata, dia juga bimbang akan keselamatan diri apatah lagi ketika ini berada di Amerika yang terkenal dengan Islamfobia.



"Saya berada di sini lebih daripada dua minggu dan saya tidak berkongsi satu perkara meskipun mengenai karier saya.

"Pertama saya bimbang keselamatan saya di AS dan Islamfobia... Saya mengaku ada rasa takut terutamanya apabila saya mudah dikenali kerana saya beragama Islam dan bertudung.



"Kedua saya tahu ramai orang akan hentam saya kerana ke Amerika memandangkan negara itu bersekutu dengan Israel," katanya.

Menerusi perkongsian tersebut, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga memaklumkan dia menolak berkerjasama dengan jenama yang pro kepada pihak Zionis.



Jelas Uyaina, ada beberapa produk yang sedang menanti waktu untuk dikongsi ke media sosial miliknya namun memilih tidak berbuat demikian. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 10-11-2023 05:49 PM
Hasanah nya ceritaaaaaaaaaa.  Kau ingat orf bodoh ke nak masuk US before flying kena siap2 ada visa.  Visa tu pulak tu kat US embassy kena submit application pastu kena interview puas hati baru derang kasi visa.  Pastu kau ingat gomen dersng tak link ke system mcm gomen malaysia..sebelum kau sampai dersng dah tau dah backgrou d kau semua.  Kalau kau kena tahan oun mungmin kau buat perangai beruk poyo.  Macam le ko sorang je pernah gi US.
Quote Samerosie 10-11-2023 05:50 PM
Banyakkkknya typo malas nak edit.
Quote zuriey 10-11-2023 05:51 PM
Benda biasa je tu..baru 1st time masuk sana ke
Quote nw111 10-11-2023 06:01 PM
Samerosie replied at 10-11-2023 05:49 PM
Hasanah nya ceritaaaaaaaaaa.  Kau ingat orf bodoh ke nak masuk US before flying kena siap2 ada visa. ...

Chuols...dpt visa pun tak menjamin terlepas dgn senang kat immigration..my husband pegi a few years ago..(dia dh pernah pegi us 2 times before..) masa kat immigration dia org tanya brp kali dh dtg us, he answered a few times ...hah...terus kena tarik masuk bilik you..lama jugak kena interrogate padahal pegi sbb keje ... Punca salah jawab a few times instead of 2 times..
From us dia pegi Vancouver...he said beza gila canadian immi dgn us...canadian very friendly

US ni antara negara yg tak rasa teringin pun nak pegi...
Quote kitmal 10-11-2023 06:14 PM
yang dah tahu USA islamphobia nak pergi buat apa....vocal about palestine tapi melawat negara yang terang terang sokong israel
Quote kitmal 10-11-2023 06:15 PM
yang dah tahu USA islamphobia nak pergi buat apa....vocal about palestine tapi melawat negara yang terang terang sokong israel
Quote sarah96 10-11-2023 06:19 PM
Samerosie replied at 10-11-2023 05:49 PM
Hasanah nya ceritaaaaaaaaaa.  Kau ingat orf bodoh ke nak masuk US before flying kena siap2 ada visa. ...

Awak pernah pergi US ke? Visa tak guarantee kau lepas dapat masuk..kalau pegawai imigresen tak suka muka kau, dia tak bagi kau masuk. They don't even have to give a reason why entry is denied.
Quote amyfaha 10-11-2023 06:21 PM
Kau ni overrr betul la minah
Quote amyfaha 10-11-2023 06:21 PM
Kau ni overrr betul la minah
Quote LadyCarefree 10-11-2023 06:24 PM
Edited by LadyCarefree at 10-11-2023 05:25 PM
Samerosie replied at 10-11-2023 04:49 PM
Hasanah nya ceritaaaaaaaaaa.  Kau ingat orf bodoh ke nak masuk US before flying kena siap2 ada visa. ...


Kan? Hasanah nak mampos. Kena soal masa nak masuk US tu perkara biasa sangat2 even kalau xpakai tudung pun. Even dah ada visa.

Kedua hasanahnyaaaaa kau dpt tawaran kerja sana sini kemain.

Terpaling Palestin tapi aik? Baru ke US dah kecut perot siap cancel itinerary cepat2 nak balik Msia?
Quote jambatannetizen 10-11-2023 06:27 PM
nw111 replied at 10-11-2023 06:01 PM
Chuols...dpt visa pun tak menjamin terlepas dgn senang kat immigration..my husband pegi a few year ...

Knapa immigration US tak friendly? Plus us-msia tak align n jauh nak berkenal pun
Quote jambatannetizen 10-11-2023 06:30 PM
Edited by jambatannetizen at 10-11-2023 06:31 PM
LadyCarefree replied at 10-11-2023 06:24 PM
Kan? Hasanah nak mampos. Kena soal masa nak masuk US tu perkara biasa sangat2 even kalau xpakai tu ...


THATS WHY AKU MENTIONED KAT THREAD SEBELAH

Ko terpaling bersuara, tapi ko nak pergi gak negara saana.. makna ada hati gakkk nak pegi negara US. siap tulis caption “u’ll see hijabi person that’ll work in Hollywood soon”

:lol :loo

AAPAKAH???????
Quote dani-rox 10-11-2023 06:30 PM
sebenarnya ko nak bg tahu muka ko mcm pompuan ereb kan
Quote Samerosie 10-11-2023 06:32 PM
nw111 replied at 10-11-2023 06:01 PM
Chuols...dpt visa pun tak menjamin terlepas dgn senang kat immigration..my husband pegi a few year ...

Iye, dia akan interogate you kalau jawab tergagap2 dan dia akan tengok body language you juga.  Tapi usually dia tak kacau kalau all in order.
Quote Samerosie 10-11-2023 06:32 PM
sarah96 replied at 10-11-2023 06:19 PM
Awak pernah pergi US ke? Visa tak guarantee kau lepas dapat masuk..kalau pegawai imigresen tak suk ...

Adakah dersng tak suka muka you?
Quote jambatannetizen 10-11-2023 06:33 PM
amyfaha replied at 10-11-2023 06:21 PM
Kau ni overrr betul la minah

Memang over pun. aku ada mentioned kat thread sebelah. Pastuh org serang aku!

Kalau ko dah tahu mcmtuh, ko takyah gatai pergi sanaaa. LA itu lagi ramai la yg sokong hell tu.
Quote Samerosie 10-11-2023 06:34 PM
dani-rox replied at 10-11-2023 06:30 PM
sebenarnya ko nak bg tahu muka ko mcm pompuan ereb kan

Khuenzzzz...
Quote jambatannetizen 10-11-2023 06:36 PM
kitmal replied at 10-11-2023 06:15 PM
yang dah tahu USA islamphobia nak pergi buat apa....vocal about palestine tapi melawat negara yang t ...

Kannnnnnnnnn!


Dasar bangang. Haha. Pastu risau takut kena tangkap la sbb post video kat sane. Apa ke bengap nye kau.

Menyampah pulak aku dgn minah ini. Nak jugak kau kerja sana sekejap.
Quote LadyCarefree 10-11-2023 06:37 PM
jambatannetizen replied at 10-11-2023 05:27 PM
Knapa immigration US tak friendly? Plus us-msia tak align n jauh nak berkenal pun

UK imi pun generally tak friendly tapi kalau bukan LHR ok sikit. Japan lagilah. Aussie dan NZ pun. Sebenarnya sbb reputation Msians xbagus. Umur dalam lingkungan high risk utk overstay, kerja secara illegal memang target utk soalsiasat lebih sikit. Benda biasa. Sama macam dia buat scan kalau dia nampak hang mcm pelik2 body language ka nampak sengkek ke apa ke pun kena gak. Ikut suka negara tu lah. Macam Maldives masa kat airport sini lagi dia minta hotel info dan diorang akan call hotel sana to make sure hang ada fully paid accommodation yg jive dgn ticket pergi dan keluar Maldives.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.038088 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top