CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Semoga Luruhnya Rambutku Ini Seperti Mana Luruh Dosa-Dosaku," Aniq Suhair Botak

10-11-2023 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2965| Komen: 18

Aniq Suhair botakkan kepalanya selepas selesai menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

Dia menganggap perkara itu bukan sahaja sebagai salah satu rukun menunaikan umrah tetapi permulaan baharu selepas dilanda pelbagai ujian sebelum ini.


Foto: IG

"Semoga luruhnya rambutku ini seperti mana luruh dosa-dosaku. Mari kita mulakan semula. Botak era!," katanya di Instagram.

Peminat turut mendoakan agar perubahan yang dibuat Aniq akan mendatangkan kebaikan kepadanya.

Malah ramai berharap pelakon itu terus kekal dengan niat untuk berubah ke arah kebaikan.



"Semoga Aniq terus istiqamah, botak pun handsome," antara komen netizen.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa hamil anak kepada seorang selebriti lelaki.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila pelakon tersebut enggan bertanggungjawab dan menggesa supaya kandungan itu digugurkan.




Nama Aniq menjadi perhatian apabila ada memberi bayangan pelaku adalah seorang pelakon lelaki yang sedang dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Bagaimanapun, wanita berkenaan menarik balik kenyataan dibuat dan mendakwa dia memfitnah Aniq.



mStar sebelum ini pernah melaporkan Aniq meminta sesiapa yang ada menyimpan fotonya tidak menutup aurat agar memadamnya.

Aniq berkata, dia menyedari perkara itu sebagai salah malah dalam proses memperbaiki diri menjadi seorang lebih baik di sisi agama. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 10-11-2023 04:10 PM
baiklahhhhhhh
dah nak start ke drama tb3 dia dgn rita nadira tu
Quote Chessman 11-11-2023 04:02 PM
Hmmmmmmmmmmm
Quote pocongkiutss 11-11-2023 04:28 PM
Tibah jadi penonggeng agama
Quote pocongkiutss 11-11-2023 04:28 PM
I.K.A888990 replied at 10-11-2023 04:10 PM
baiklahhhhhhh
dah nak start ke drama tb3 dia dgn rita nadira tu

Wow ada ke..Iols suka rita nadira..iols rasa dia jauh lg cantik dr peah barkoba pujaan acik porum
Quote I.K.A888990 11-11-2023 04:58 PM
pocongkiutss replied at 11-11-2023 04:28 PM
Wow ada ke..Iols suka rita nadira..iols rasa dia jauh lg cantik dr peah barkoba pujaan acik porum  ...

aah tapi tak tau plak bila start drama tu..
rita mmg ckp pakej sgt..lawa tinggi tgk perangai pn mcm fun gila2 haha
Quote cicicumel 11-11-2023 05:46 PM
I.K.A888990 replied at 11-11-2023 04:58 PM
aah tapi tak tau plak bila start drama tu..
rita mmg ckp pakej sgt..lawa tinggi tgk perangai pn mc ...

So since kes dah selesai, keinsafan heshe utk berubah akan diteruskan atau patah balik?

Btw rita tu kapel dgn aniq ke dlm drama tu? She nmpak kertu
Quote I.K.A888990 11-11-2023 05:51 PM
cicicumel replied at 11-11-2023 05:46 PM
So since kes dah selesai, keinsafan heshe utk berubah akan diteruskan atau patah balik?

Btw rita  ...

tah la aku tgk bdk ni pn mmg red flag je...lantak dia la haha

dlm tu rita ngandung anak luar nikah msk rumah perlindungan tercintan pulak dgn pak ustaz aniq ni haa..tp mmg nmpak mcm kakak adik je takde feel pulak nk tgk haha
Quote September14 11-11-2023 08:13 PM
Helok dia ni tp xyah beria sgt dikkk
Quote heythere123 11-11-2023 09:35 PM
eww geli la. Harap kurangkan sifat buaya tu, itupon kalau betul2 insof la
Quote heythere123 11-11-2023 09:35 PM
I.K.A888990 replied at 10-11-2023 04:10 PM
baiklahhhhhhh
dah nak start ke drama tb3 dia dgn rita nadira tu

sebab tu ke heols kena cepat kuburkan gosip tu
Quote I.K.A888990 11-11-2023 10:34 PM
heythere123 replied at 11-11-2023 09:35 PM
sebab tu ke heols kena cepat kuburkan gosip tu

haha jeng jeng jeng
Quote Ahriman 11-11-2023 10:37 PM
Automatis sesuci lebaran.ah gittew.
Quote heythere123 11-11-2023 10:58 PM
I.K.A888990 replied at 11-11-2023 10:34 PM
haha jeng jeng jeng

haha geli kan spesis jantan penunggang ni
Quote I.K.A888990 11-11-2023 11:28 PM
heythere123 replied at 11-11-2023 10:58 PM
haha geli kan spesis jantan penunggang ni

mmg pn..naik menyampah pn ada gak..peminat pn sama naik
Quote kuceeng 12-11-2023 01:33 PM
kalo btol bagusla, walaupon nmpk mcm nk promote drama baru sajo
Quote Perils 12-11-2023 06:27 PM
Ke dpt watak banduan baru lepas kuar penjara??
Quote pocongkiutss 12-11-2023 08:11 PM
I.K.A888990 replied at 11-11-2023 04:58 PM
aah tapi tak tau plak bila start drama tu..
rita mmg ckp pakej sgt..lawa tinggi tgk perangai pn mc ...

Tp tula..mcm uols ckp..if dia berlakon dgn aniq mcm x bape match la sbb aniq muka budak br tumbuh bulu sgt2..mcm kakak adik
Quote I.K.A888990 12-11-2023 08:13 PM
pocongkiutss replied at 12-11-2023 08:11 PM
Tp tula..mcm uols ckp..if dia berlakon dgn aniq mcm x bape match la sbb aniq muka budak br tumbuh  ...

betul ini mmg setuju sgt2

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.040536 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top