CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Paling Benci Bila Orang Cakap Biasalah Asrama, Tak Pernah Duduk Asrama Ke?’"-Rita Rudaini

10-11-2023 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5951| Komen: 32

Rita Rudaini, mengulas berhubung gejala buli melibatkan murid-murid di sekolah.

Katanya gejala buli ini akan menimbulkan masalah yang lebih besar sekiranya tidak dibendung dan terus dipandang remeh.


Foto: IG

"Sebenarnya di mana-mana sekolah pun ada buli ni. Tak kira sekolah asrama ataupun sekolah harian dan juga kolej2. Saya paling benci apabila orang mempunyai mentaliti apabila diajukan masalah macam ni, jawapan yang keluar dari mulut adalah ‘biasalah asrama, tak pernah duduk asrama ke?’.

"Jawapan sebegini menunjukkan sikap orang itu malas nak guna otak untuk fikir dan selesaikan sesuatu perkara, sama ada kecil ataupun besar. Masalah tak akan selesai bila sikap pengurusan dan pibg atau muafakat sembunyi bawah karpet hanya untuk menjaga nama baik sekolah. Budak jahat disimpan, budak baik yang akhirnya angkat kaki keluar. Sampai ke kiamat pun masalah buli ni tak akan selesai," tulisnya di Instagram.


Rita berpendapat, budak-budak yang suka membuli ini wajar dibuang dari sekolah.



"Ni sikap sambil lewa dan tidak ada tanggungjawab. Kebanyakan sekarang inilah sikap sesetengah pengurusan sekolah. Belum dikira guru-guru pun sama naik, buli budak-budak, fitnah dan biadab (bukan semua). Nak jaga nama baik sekolah bukan ini solusinya. Buang dan sapu benda-benda yang busuk ni. Kalau nak duduk dalam keadaan bersih. Kalau sikap suka simpan sampah bawah karpet, lama-lama akan membusuk dan berulat.

"Pengurusan yang amalkan sikap begini harus di ‘bersih’ kan dulu kerana mereka bukan dari golongan manusia yang ada sikap tanggungjawab pada sesuatu perkara. Bagi saya, kalau tunggak tu elok, nawah sampai ke ekor akan elok. Jangan simpan, buang sahaja sebab ada ramai lagi budak yang betul-betul nak belajar tapi tak dapat peluang.



Dalam masa yang sama Rita meluahkan rasa syukur apabila sekolah anak-anaknya dipimpin golongan yang berjiwa pendidik, penyayang dan sangat berwibawa.


"Semoga ALLAH memberkati semua pendidik dan pelajar di sana." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 10-11-2023 02:34 PM
Hati2 lah cikgu2 kat sekolah anak sheols tu
Quote she 10-11-2023 02:55 PM
Bagus lah dia bersuara

NekTa taknan bersuara juga ke
Kes anak kena buli kat MRSM dulu
Quote I.K.A888990 10-11-2023 02:59 PM
betul tu buli semakin lama semakin ganas sampai menyebabkan kematian
Quote nolya 10-11-2023 03:09 PM
Edited by nolya at 10-11-2023 03:14 PM

"Katakan Tidak kpd Buli".  Seharusnya perbuatan buli wajar diberhentikan dn plj2 senior yg membuli plj2 junior wajar diambil tindakan berat sekalipun harus dibuang sekolah. Kena ingat, anak ke sekolah berasrama adalah untuk blj/menuntut ilmu, bukan untuk dijadikan objek buli oleh orang lain. No such thing 'nak ajar' dgn menjadikan adik2 senior spt hamba.  Dah tu 'ko sape nak dera anak orang'.

Pihak sekolah pun tak seharusnya sembunyikan kes buli seolah2 bersengkokol dgn perbuatan jahat. Membuli dn mendera plj2 lain tak harus dibenarkan, apa lagi jika sampai mencederakan. "Biasalah berasrama...'  Kenapa harus dijadikan hal biasa di asrama.  Kenapa akhlak yg tak terpuji dibiarkan menjadi hal biasa, terus bercambah, tak dicegah seawal mula.  Jgn sampai ada yg patah riuk, malah mati baru menggelupur semua pihak. Kesah arwah Zulfarhan harus dijadikan pedoman jgn 'jenayah' berulang lagi.  Buli harus dicegah sebelum parah.I sokong Rita Rudani.  Awas! siap ko kalau ko usik anak dia.
Quote kucingitam 10-11-2023 03:50 PM
kenapa mesti nak tutup mata kat benda2 yang salah macam ni. buli, gaduh tu salah tetap salah...pelik kalau cikgu2 pun tutp mata dgn kes2 buli mcm ni.
Quote IzzahF 10-11-2023 04:07 PM
399273464_7681397365208562_3657397675949908978_n.jpg

kalo kes buli baru2 ni susah nk kait buli pasal buli ni mcm lama ko kena. ni mcm one time punya gaduh. "mangsa" pulak mmg budak masalah. dah settle lama tp time2 budak tu nk spm gak la keluarga "mangsa" nk cari pasal. sengaja tu...
Quote Thunderclouds 10-11-2023 04:09 PM
Totop mata sbb takut nama sekolah busuk & sum more in this case (mcgaygay) yg mbuli related ngn  somebody.
Sekolah auto kecut telo nk bg hukum setimpal ngn perbuatan.
Quote anony-mous 10-11-2023 05:21 PM
Bab ni i skong rita. Apebenda la biasakan kes buli. Mula2 sikit nnti xpasal mati ank org
Quote Hanzeviera 10-11-2023 05:24 PM
Benda mcm ni jadi sbb dibiarkan jadi norma so iolss setujuk dengan ritrud
Quote Chah21 10-11-2023 05:53 PM
IzzahF replied at 10-11-2023 04:07 PM
kalo kes buli baru2 ni susah nk kait buli pasal buli ni mcm lama ko kena. ni mcm one time punya ga ...

Patut la ada bca org komen ritu mangsa adalah punca.. sbb ni la kot
Quote ouch! 10-11-2023 06:26 PM
Anak dia tukar mrsm ke? Pastu knp tetiba dia cam jd Duta Mrsm pulak?
Quote Lily_Elizabeth_ 10-11-2023 06:29 PM
ouch! replied at 10-11-2023 06:26 PM
Anak dia tukar mrsm ke? Pastu knp tetiba dia cam jd Duta Mrsm pulak?

Duta??

Iya ke?
Quote Miawlover 10-11-2023 06:41 PM
Jgn normalize benda yg tak betul.
Quote PinkyPie 10-11-2023 06:47 PM
Iols kenal sorang yg tiap kali ada kes buli sheolls akan bunyi anak jantan kena jadi jantan, gitu lah. Kiranya gaduh gaduh debik debik ni perkara biasa je.
Quote ReginaGeorge 10-11-2023 09:21 PM
Say no tu buli.
Quote ouch! 12-11-2023 05:00 PM

Xsure u. Tapi dia kerap la jumpa dgn Asyraf wajdi
Quote mojarean_X 12-11-2023 07:09 PM
Bagus Rita. Teruskan bersuara. Bagus dia ni kes Palestin pun dia update hari2. Mmg nmpk dia amik peduli bkn2 acah ikut trend
Quote scarflicious 12-11-2023 07:31 PM
Buli ni dari dulu. Anak i pernah tanya napa i x pernah kena buli. Jawabnya I melawan.

Contoh : ada sorang ni gi ludah muka I sbb bf dia suka kat I. Which i x tau pun sapa bf dia. Lebih worst, bf x hensem. So I ludah balik dgn kahak2 kuning keluar kat muka dia.

Contoh 2. My brother kena ketuk dgn kayu sampai berdarah.. Dia ni teruk kena buli sampai skrg ada masalah dlm kehidupan sbb trauma dgn buli. Apa I buat, i cari budak tu.. I ambik kayu yg sama, i libas kepala budak tu. Yes, jadi kes polis. Yes, mak bapak budak tu minta i kena buang sekolah. But end up dia yg kena gantung... Sbb mmg byk kes buli.

Buli kat tempat kerja pun ada. So.. Aku sokong je Cik RR ni bersuara tentang buli. Sbb buli ni bukan normal.
Quote phoenix_panik 12-11-2023 09:28 PM
msrm ulul albab tu mrsm belajar agama
elokla ttp kepala aurat tu

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052633 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top