Jep Sepahtu menitipkan ucapan manis sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Sari Yanti yang ke-39 tahun. Jep memuji isterinya yang disifatkan sebagai seorang yang sangat menyenangkan.
"Memang tak terbalas jasanya, saya rasa saya orang yang beruntunglah dapat isteri yang saya rasa sangat menyenangkan. Banyak sabar..banyak bersabar pun tak ada juga sebab saya tak ada buat hal. "Jadi saya mengambil kesempatan ini, saya suka ucapan saya berbentuk doa jadi ianya sekali. "Saya doakan mudah-mudahan dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusannya, dikurniakan kesihatan yang baik. Mudah-mudahan dia dilimpahkan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat bersama saya dan anak-anak."
Jep juga bersyukur kerana dikurniakan insan yang banyak membantunya menguruskan keluarga dengan baik selain sentiasa menyayanginya dengan ikhlas. "Saya sangat-sangat bersyukur, sangat terhutang budilah dengan layanan yang dia bagi pada saya selama kami berumah tangga. "Dia menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang.
|
black_handbag replied at 10-11-2023 07:19 AM
comel betul sari yanti ni. berapa ye umurnya? tak makan tua. jepp auto nampak wangi anak beranak lep ...
maharani_gebu replied at 10-11-2023 04:33 PM
diorang bahagia cara diorang... sangat sederhana dalam serba serbi...
bukan mcm sorang tu... pakai ...
mrseller replied at 11-11-2023 03:23 PM
Sederhana pakai vios la bukan pakai bentley. Ko baru kuar gua ke?
pocongkiutss replied at 11-11-2023 04:34 PM
Ala dia tayang bentley tu bape kali la sgt banding soeb dgn watetek tu..siap showoff booking satu ...
ADVERTISEMENT