CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Takut Sumber Tak Halal," - Lelaki Mulut Celupar Tolak Secara Kasar, Orang Nak Belanja Nasi Lemak Pun Tak Nak!

10-11-2023 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7777| Komen: 81

Seorang individu dikenali Fia Hafiz, berniat baik mahu belanja sekali orang yang beratur di belakangnya ketika membeli nasi lemak.

"Tengah beratur nasi lemak, kemudian giliran aku... aku order.


"Kemudian dengar orang belakang (lelaki) order satu nasi lemak. Jadi masa nak bayar, aku cakap dekat akak tu untuk bayarkan sekali orang belakang," luahnya.

Foto: Twitter


Namun sadisnya lelaki terbabit bersuara dan segera menolak hasrat individu yang mahu membayarkan harga nasi lemaknya itu.

Apa yang dikesali adalah cara lelaki berkenaan menolak niatnya untuk bersedekah.

"Eh tak apa... saya takut sumber tak halal," ujar lelaki terbabit.

Kata-kata sinis lelaki itu membuatkan individu berkenaan dan peniaga di kedai tersebut terkejut.

"Aku tergamam. Aku senyum kelat, terus akak (peniaga) tu cakap dekat aku 'tak apa dik, akak belanja awak... awak yang belakang tu pun tak payah bayar, ni sumber halal'," ceritanya lagi.




Individu yang berusia 28 tahun itu mengakui sedih dan pada masa sama berasa malu untuk berhadapan dengan pembeli lain.

Malah kata-kata lelaki dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi di Bangi, Selangor itu masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya sehingga kini.

Namun ia yang bekerja sebagai jurucakap sebuah agensi pengurusan pempengaruh media sosial menzahirkan rasa syukur kerana peniaga nasi lemak berkenaan segera menjernihkan suasana.

"Dia betul-betul berada di belakang saya dan di belakangnya masih ramai lagi sedang beratur. Saya harap mereka tak dengar.

"Memang saya selalu belanja orang, kadang-kadang sedekah sejadah pada rider dan beri makanan. Hari ini (Khamis) niat beli nasi lemak tu untuk dua orang staf dan saya sendiri. Tapi selepas insiden tu, saya berikan semua kepada staf... rasa terkilan nak makan," katanya kepada mStar.


Fia Hafiz, Foto: mStar

Luahannnya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya berasa sedih kerana niat baiknya dipandang hina oleh individu yang disifatkan sebagai sombong dan tidak beradab.

Di ruangan komen, beberapa individu yang dipercayai rakan-rakannya tampil memberikan kata-kata semangat.

"Mesti brother tu terkedu kena smash indirectly dengan akak nasi lemak. Tu balasan bagi orang yang sombong, tak apa Fia... jangan ambil hati.

"Kalau aku pun tergamam sebab terkejut, tak ada sesiapa yang boleh jangkakan 'jawapan' balas seperti itu.

"Mengenali you, I memang tahu you suka tolong orang dan sedekah," ujar beberapa kenalannya.

Netizen juga tidak ketinggalan meninggalkan komen positif dan mendoakannya supaya terus dimurahkan rezeki.

"Sekalipun daripada sumber yang haram, kalau si penerima tak tahu... tak ada masalah pun nak makan. Inikan daripada kakak cantik.

"Dia missed banyak benda, satu konsep bersangka baik. Kedua, menerima sedekah even daripada sumber syubahah adalah harus. Kalau sungguh tak mahu, tak salah tolak elok-elok.

"Sangat biadab! Nak terima atau tidak orang belanja tu biarlah beradab.

"Memang ada orang kat dunia nia dia fikir dia terpaling suci, terpaling tak ada dosa," tambah beberapa warga maya lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 10-11-2023 12:32 PM
Jantina pun meragukan...
Quote edoraixora 10-11-2023 12:32 PM
salah komen
Quote darkness 10-11-2023 12:39 PM
Patut pun org tu ckp mcm tu. Sebab ko sendiri pun nmpk mcm perempuan tp lelaki. Itu yg patut ko muhasabah jugak..satu teguran jugak tu. Kalau rasa org lain salah, tgk diri kita juga..mesti ada yg tak kena
Quote grouper 10-11-2023 12:54 PM
Patut la kena tolak....maybe org tu dah tolak elok2 tapi berkeras gak nak belanja..
Quote Atata 10-11-2023 12:57 PM
Mula2 baca aku pun rasa tekjut, scroll down nampak pic si pencerita. Then aku dah paham kenapa lelaki tu ckp mcmtu. TAPI!! please la jaga mulut tu, knp pula apa dlm otak kau semua kau nal keluarkan kat mulut. Diam2 dalam kepala tak boleh ke. And kalau org kasi dia makan atau duit, tak payah persoal dari mana duit tu dtg. Dia halal utk kita. Lain la kalau bapak perasuah kasi anak makan then yes boleh effect perilaku anak tp kalau stranger kasi kau makan, x perlu lah kau nak was2 bagai, kau makan je lah kau nak apa lagi, bsyukur ke kat tuhan dan doakn lah pemberi tu
Quote Samerosie 10-11-2023 01:00 PM
Ye lah kan rupa dah mcm sajat, org tu agaknya terspeak out loud padahal dia cuma nak ckp eh tak pe tak payah je tapi terkeluar yg lain2 tu.
Quote sharlenetexas 10-11-2023 01:01 PM
Lelaki ke perempuan tu?

Quote Kitty_catz 10-11-2023 01:16 PM
auuuu rambut kepuk2
Quote _blackbird 10-11-2023 01:28 PM
First of all, bukan semua org suka terima pemberian especially makan dari strangers. Aku personally mmg tak makan yg random people bagi or org yg aku baru kenal taktau apa lagi intention nya. Paranoid aku mana tau dia dah mendrem ke apa huhuhu.
Quote shida81 10-11-2023 01:30 PM
Ehhh..... Keje kite ni pun x tentu halalnya... Waktu kn g minum.. Borak.... Ambooiii
Quote syamzana 10-11-2023 01:39 PM
byk sgt fikir la org skrg ni, sumber tak halal la, mandrem la
dah kalau org tu bayarkan, tkg msk org lain nak mandrem celah mana??lain la bwk mkanan dari rumah.
taknak tolak elok2, mulut tu jaga la sikit wpun org yg nak membayar tu kan main rambut kepok2 auwww mcm kecelaruan gender
mmg sejenis tak beradab punya org.
Quote Herlina 10-11-2023 01:44 PM
Kes ni mengingatkan saya masa kelas mengaji di surau bertahun dulu. Bila mengaji sorang2 depan jemaah lain dan depan ustazah mestila ada gemuruh walaupun hari2 mengaji dengan group yg sama.
Ada sekali tu sorang ni ada silap dalam bacaan, biasala bila silap dan kena tegur, lagi la tak aman nk mengaji lepas tu, lagi la byk silap.

Sekali ustazah membebel, siap cakap ni yg asik salah2 ni cek sikit punca rezeki awak, makanan yg masuk ke perut tu halal ke tak bla bla bla...Terus dan terus membebel ungkit mengungkit dah 8 tahun belajar tak juga lancar2. Ni mesti makan dari sumber tak halal.

Kesian org tu, merajuk sampai tak mengaji terus sbb terluka sangat dengan ucapan ustazah tu.
Quote mejaputih 10-11-2023 01:59 PM
baru nk tanya Fia ni laki ke pompuan?
Quote wirazam 10-11-2023 02:03 PM
_blackbird replied at 10-11-2023 01:28 PM
First of all, bukan semua org suka terima pemberian especially makan dari strangers. Aku personally  ...

Kan..sedekah X kena gaya...rasanya byk je tabung tabung masjid yg ada..ko nak tak nak je pi sedekah...tak perlu lah nak sedekah kat random people or peminta sedekah...
Quote ezacbee 10-11-2023 02:06 PM
Ceh ku sangka pompuan rupanya tiruan.

Patutlaa dia cakap camtu. Dia was2 dgn ko.
Maafkan la dia...

Quote ajinomotonosuga 10-11-2023 02:11 PM
mejaputih replied at 10-11-2023 01:59 PM
baru nk tanya Fia ni laki ke pompuan?

dalam lelaki luo pompuan...agaknya kut
Quote rosmahisham 10-11-2023 02:20 PM
Aku pnh nk belanja sorang pakcik ni..npk comot sikit la..beli breakfast kat kedai aku order tu..sekali dia x sudi..kata nk belanja..belanja la org lain sy byk rmh sewa,ada biz,ada pencen..selalu klu ada org dpn aku nk byr kt cashier  speed 99 ke..x ckup syiling ke aku lanjer je bg posen2 tu..klu ada org beli dok kira duit syiling nk byr cashier pon aku slu amik kesempatan lanje..suh simpan je duit tu..apalg klu org tua..bkn sng nk lanje org n  terima dgn gembira sedekah kita ye..kalau aku suka sgt ada org sedekah apa2 kat aku..hargai sgt2..teringat2 tu
Quote Belibis 10-11-2023 02:25 PM
_blackbird replied at 10-11-2023 01:28 PM
First of all, bukan semua org suka terima pemberian especially makan dari strangers. Aku personally  ...

Kalau bagi memang la was was..ni dia belanja direct dari kedai..tapi iya laaaa, jantina pun meragukan..
Quote honeybee1802 10-11-2023 02:26 PM
darkness replied at 10-11-2023 12:39 PM
Patut pun org tu ckp mcm tu. Sebab ko sendiri pun nmpk mcm perempuan tp lelaki. Itu yg patut ko muha ...

Bila tgk ke rupanya...confusing....ptt la...

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040402 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top