Azhar Sulaiman sedih dengan apa yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Katanya walaupun dia bukan penyokong Syed Saddiq, namun, dia tetap terkesan apabila mendapat tahu tentang hukuman yang diterima oleh ahli politik berkenaan. “Behar bukan penyokong Syed Saddiq. Tapi bila dapat tahu dia bersalah dan akan dikenakan (hukuman) penjara tujuh tahun dengan denda RM10 juta dan dua sebatan, bulu roma Behar naik dan terus terasa sedih. “How I wish I can help him,” tulisnya di Instagram. Syed Saddiq, 30, didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.
|
ADVERTISEMENT