Enam bulan langsung tak ada job, Mak Wan Latah sedih kerana pendapatannya terjejas. Mak Wan atau Halimatussa’diah Mohd Daud, 62 terpaksa membuka perniagaan kecil-kecilan untuk meneruskan hidup.
“Memang tiada tawaran berlakon, sudah enam bulan saya tiada pekerjaan. Ada syarikat produksi nak ambil berlakon tapi tak jadi sebab bagi pada orang lain, tidak mengapa mungkin bukan rezeki saya. “Kalau dapat job satu episod pun, bolehlah saya buat bayar semua komitmen, sekarang saya cuma berniaga kecil-kecilan,” katanya kepada mStar. Dia mendedahkan dia kini tinggal bersendirian dan perlu menanggung segala kos perubatan ekoran menghidap masalah semput dan kencing manis. -CARI Sumber : mStar
|
Suci_Murni replied at 10-11-2023 11:33 AM
Kalau mak wan x cerai aritu, ada teman skg nak keluh kesah x de job.... ble layan drama @ karoeke di ...
ADVERTISEMENT