Penyanyi rap dan aktivis kemanusian Caprice bersedia menghulurkan bantuan sekiranya Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mahu menyusun semula strategi mereka. Ia susulan presiden parti itu, Syed Saddiq Abdul Rahman pada Khamis didapati bersalah atas semua pertuduhan bersubahat dalam pecah amanah jenayah (CBT), penyelewengan dana dan pengubahan wang haram.
Caprice atau Ariz Ramli, 35, berkata, dia menganggap masa depan negara bergantung kepada suara golongan muda. "Parti Muda kalau anda perlukan bantuan untuk menyusun semula strategi dan merombak parti boleh hubungi saya. "Saya sanggup menyertai parti kerana suara anak muda sangat penting untuk masa depan Malaysia," katanya. Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Khamis. Dalam pada itu, Caprice turut membuka ruang tinjauan meminta netizen memberikan pendapat mereka sama ada dia patut membantu Muda atau sebaliknya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta serta dua kali sebatan terhadap Ahli Parlimen Muar tersebut. Hakim Azhar Abdul Hamid berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan terhadap Syed Saddiq. Sementara itu, dalam satu sidang media yang diadakan pada petang Khamis, Syed Saddiq mengosongkan jawatan presiden Muda serta-merta. Sumber: mStar
|
LadyCarefree replied at 9-11-2023 10:51 PM
xpayahlah. Kita perlukan yg educated terajui parti2 politik. Bukan uneducated pencabup.
ADVERTISEMENT