Pensohor media sosial yang juga adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan dikecam netizen kerana dengan bangga menayang serta mempromosikan produk kosmetik pro-Israel, Dior dalam Instagram miliknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Ameera, gadis berusia 22 tahun itu mempamerkan koleksi terbaharu daripada Dior Beauty merangkumi beberapa alat solek seperti gincu bibir, pembayang mata, bedak serta minyak wangi. “Blooming,” tulis Ameera. Perkongsian Ameera itu sekali gus menyebabkan pengikutnya kecewa dengan tindakannya dan menganggap Ameera seolah-olah tidak peduli tentang isu yang berlaku di Palestin. Malah, ada juga yang beranggapan Ameera tidak sensitif pada saat seluruh rakyat Malaysia mula melancarkan serangan memboikot produk yang ada kaitan dengan rejim Zionis tersebut.
|
She-Ra: iols paling terkejut bila dpt ...
Prickford replied at 9-11-2023 05:41 PM
Sheolls ni syok sendiri kan. Orang mcm sheolls ni mana luxury brand nak pandang. Tu yg gigih buat ph ...
doubleA replied at 9-11-2023 10:33 AM
Pampers sampai 12 thn ye aka darjah 6, tapi dia ni tak sekolah entah upsr ada ke idok
naina replied at 9-11-2023 06:22 PM
Dulu2 dia pernah je pakai braces. Tapi ntah Nor jadi camtu teruk bergunung ganang. Maybe tak istiq ...
ADVERTISEMENT