Penyanyi, Iman Troye trauma selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 1 November lalu. Pemilik nama asal Siti Nur Alyssa Sahabudin itu berkata sehingga hari ini dia masih berasa takut untuk memandu.
"Hari pertama November saya kemalangan. Hujan lebat dan jalan licin menyebabkan kereta saya gagal dikawal. “Alhamdulillah, saya selamat cuma Baby Noah (kereta) sudah ‘tempang’. "Jadi, sekarang saya tidak berani memandu sendiri dan memang 100 peratus mengharapkan Grab, keluarga dan kawan-kawan sahaja,” katanya dalam hantaran Instagram. Menurutnya lagi, dia mengalami kecederaan ringan akibat hentakan dalam kemalangan terbabit. “Cuma kecederaan kecil sahaja sebab kepala saya terhentak pada tingkap kereta. "Kaki saya bengkak dan telinga bahagian kanan berdesing terus tidak dengar apa-apa. “Keesokannya (2 November), pendengaran kanan saya kurang dari kiri. Namun, sekarang alhamudlillah semuanya baik sahaja,” ujarnya. Sumber: Kosmo! Online |
ADVERTISEMENT