Nama Madammu menjadi bualan warga maya selepas tular video usahawan itu menyarankan pemakaian perhiasan pearl atau mutiara. Menerusi video di TikTok, Madammu menegaskan perhiasan mutiara tidak boleh digayakan dengan pakaian moden. Katanya, perhiasan tersebut hanya sesuai dengan fesyen klasik seperti baju kurung. "Pearl tak pernah boleh masuk dengan moden. Pearl tak boleh masuk dengan seluar ranggi melainkan palazo. Kalau saya nampak pakai pearl dengan jeans (jerit menggelupur), tolong la jangan pakai macam itu. "Pearl always go dengan klasik dan lembut. Jangan sesekali pakai pearl dengan seluar jeans! Salah! Jangan jadi mangsa fesyen. Geram saya tengok. "Pearl untuk klasik look. Untuk baju kurung, baju kurung kedah dan baju longgar. Jangan pernah pakai pearl dengan seluar ranggi. Sakit mata tengok," katanya. Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata netizen seakan tidak bersetuju dengan pendapat tersebut kerana merasakan itu adalah citarasa masing-masing. Sumber: Oh Bulan
|
rain2169 replied at 9-11-2023 05:12 AM
apa-apa je laaaa.....
bukan masalah besar punnn....
Ahriman replied at 9-11-2023 01:33 PM
Favorite mak aku.masa dia taja ajl mak aku beria nak tengok AJL.selama ni tak pernah pon sekali nak ...
Manusiabesa replied at 9-11-2023 01:38 PM
Aku dduk obesi lama. Balik2 mesia 2020 trus nmpk muka dia tepampang kt senboard tepi haiway mmg ak ...
Manusiabesa replied at 9-11-2023 05:35 AM
Wei dia ni skrg becakap sombong gila wei... stiap bait2 dia smua kluar ayat unsur riak. Mentang2 dh ...
ADVERTISEMENT