CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syed Saddiq Bersalah Atas 4 Pertuduhan, Melakukan Pecah Amanah, Salah Guna Harta Dan Pengubahan Wang Haram

9-11-2023 10:30 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9073| Komen: 107

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi hari ini mendapati Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersalah atas empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).


Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


Syed Saddiq, 31, didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu.\


Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang adalah hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, yang berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kini sedang mendengar hujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bersama Mohd 'Afif Ali manakala peguam Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 9-11-2023 10:33 AM
uikkss.. verdict ke?ingatkan baru nak tau ada kes ke idok
Quote Perwira2022 9-11-2023 10:35 AM
Muda2 dah masuk penjara.... Inilah contoh hipokrit pemimpin PH sewaktu mereka mendapatkan kuasa.... Sewaktu jadi pembangkang, merekalah hero penentang korupsi.... Sebaik mendapat kuasa, gelojoh mereka lebih teruk lagi daripada BN...

Kesilapan Sadiq yg paling besar adalah ko tak jadi penjilat kerajaan Madani. Kalau tidak pasti ko terlepas macam Wak Jahid 47 kes
Quote Atata 9-11-2023 10:39 AM
Alamak kesian pulak... dia buat apa eh ngan duit tu
Quote cm_vungtau 9-11-2023 10:39 AM
Masuk penjara ke? Takde sebut pulak hukuman dia
Quote Purplehaz 9-11-2023 10:40 AM
Dah merayu blum...masuk penjara ke idak ni....ker bayor denda je
Quote Sazreena 9-11-2023 10:46 AM
Memuda dah ada kes ye pemuda..
Quote Kak-Rohana 9-11-2023 10:48 AM
Padam muka....poyo sangat. SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!!!



Quote sayurmayur88 9-11-2023 10:53 AM
ohh, dah jatuh hukuman ke?
tak de tulis penjara ke apa?
Quote ifanonline 9-11-2023 10:54 AM
syed jangan pick up the soap...
Quote amirulez 9-11-2023 10:59 AM
Perwira2022 replied at 9-11-2023 10:35 AM
Muda2 dah masuk penjara.... Inilah contoh hipokrit pemimpin PH sewaktu mereka mendapatkan kuasa....  ...

awal2 aritu dia try jilat anwar dah, anwar xlayan. bak kata tmj mamat ni drama queen.
Quote rashiman 9-11-2023 11:04 AM
bakal ada PRK...
Quote aechae 9-11-2023 11:05 AM
Atata replied at 9-11-2023 10:39 AM
Alamak kesian pulak... dia buat apa eh ngan duit tu

Duit masuk ‘park’ dlm ASB sndri katanya…mmg kna lh
Quote Thunderclouds 9-11-2023 11:05 AM
Ala kesiannn..
Quote kelana36 9-11-2023 11:06 AM
masa dalam PH , dia jadi trojan horse tun M. ( dapat jawatan menteri )
Orang yang paling lantang menolak peralihan kuasa Tun M ke Anwar sehinggalah kena sailang dengan mahiaddin.

PMX naik, of course la dia tak di lantik jadi menteri ...   itu yang merajuk tak sudah..

Quote Erotika 9-11-2023 11:08 AM
Alhamdulillah
Quote Decaffeinated 9-11-2023 11:10 AM
Boleh request connecting room dengan bos ku.
Quote tripleid 9-11-2023 11:12 AM
syukur dah berambus drpd PH..harap muka je skema tapi korup nak mampus




Quote shamsadis 9-11-2023 11:13 AM
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


muda2 dah ada rekod jenayah....esok kalau orang mengundi dia, aku syak, dunia memang di akhir zaman
Quote cm_vungtau 9-11-2023 11:18 AM
Dia ni dulu siap suruh parents dia mengaku duit yang hilang kat rumah tu duit parents dia. Mengada sangat anak manja. Seb baik mak bapak ko pun tak masuk penjara sama.

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.091255 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top