CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kempen Boikot Jejas Pendapatan Rider Tapi Tak Kisah Sebab Jihad Kecil Orang Ramai

9-11-2023 08:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4444| Komen: 23

Petaling Jaya: Kehidupan pekerja perkhidmatan p-hailing (rider) kini bertambah sukar akibat terkesan dengan kempen boikot yang menjejaskan pendapatan mereka sehingga 60 peratus.

Keadaan berkenaan telah berlanjutan sejak dua ming­gu lalu, malah sehingga kini situasinya masih sama.


Kebanyakan restoran makanan segera dan kafe terkemuka juga didapati le­ngang, tidak seperti biasa walaupun ketika waktu puncak.


Ia dipercayai susulan tindakan boikot orang ramai terhadap produk atau francais yang dipercayai memberi sokongan kepada Israel yang menjadi punca ke­sengsaraan rakyat Palestin.

Seorang penghantar makanan, Zulkifli Alias, 41, berkata, sebelum ini dia mampu me­raih pendapatan sehingga RM700 seminggu, namun kini sekitar RM200 sahaja.

Katanya yang memiliki tiga anak berusia tiga hingga 11 tahun, jumlah berkenaan tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan bulanannya yang mencecah RM2,500 sebulan.


“Perbelanjaan bulanan saya cecah RM2,500 sebulan termasuk sewa rumah, kos barang dapur, bayar pengasuh dua anak dan lain-lain keperluan.

“Mana mungkin jumlah pendapatan sekarang boleh menampung semua tu. Mujur isteri be­kerja dan ada bantu juga.

“Ini situasi terburuk saya pernah hadapi sepanjang dua tahun bekerja sebagai rider. Memang sangat terkesan tambahan saya rider di sebuah restoran makanan segera.

“Sekarang saya sedang cari sumber pendapatan alternatif selain peluang pekerjaan lain sebagai persediaan jika keadaan ini berlanjutan,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Walau bagaimanapun kata­nya, dia reda dan langsung tidak menyalahkan orang ramai yang menjayakan kempen boikot ke atas jenama tertentu.

“Walaupun saya dan kawan-kawan rider terkesan, tapi saya langsung tak ada perasaan marah sebab ini adalah jihad kecil orang ramai.

“Insya-Allah saya boleh usaha cara lain sebab sekecil-kecil iman, kita mesti kena ada pera­saan simpati dan reda,” ujarnya.

Sementara itu, Khalid Azhar, 43, turut menyifatkan jumlah pendapatan diraih kini adalah rekod terburuk pernah diterima.

“Pendapatan sebagai rider merosot sebanyak 40 peratus sejak lebih seminggu lalu.

“Macam saya lagi terasa sebab memang banyak ambil pesanan dari restoran-restoran makanan segera.

“Sebelum ni boleh dapat RM150 sehari tapi sekarang RM80 saja dan sekarang memang kena berjimat betul,” ujarnya.

Bagi Razali Rahman, 28, pula menjangkakan keadaan akan bertambah sukar berikutan ada pengurusan restoran makanan segera memutuskan untuk memendekkan waktu operasi.

“Banyak juga restoran yang dah mula hadkan waktu operasi, jadi peluang untuk kami dapatkan pesanan bertambah sukar.

“Ada yang sebelum ni tamat operasi pukul 2 pagi tapi kini diawalkan ke 11.30 malam kerana kekurangan pelanggan,” ujarnya.


Sumber: Kosmo! Online








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 9-11-2023 09:15 AM
ramai tgh try apps MISI..
menarik gak laa.
Quote blue_blur 9-11-2023 09:27 AM
mana mungkin orang yang biasa order makan boikot belanja makan.. dorang cuma boikot certain resto ja.. jadi dorang tetap belanja ke tempat lain... ikhtiar la, jangan gantung ke satu company aja... kan jadi rider sebab nak kebebasan? bebas kan lah diri dari satu company tu aja...

|jangan kecam kita pulak, cakap senang lah, bukan kita kena buang kerja, iye iye iye|
Quote bored_atticus 9-11-2023 09:51 AM
blue_blur replied at 9-11-2023 09:27 AM
mana mungkin orang yang biasa order makan boikot belanja makan.. dorang cuma boikot certain resto ja ...

ada kempen boikot grab juga kan.. bukan setakat boikot restoran..

Quote krustykrab 9-11-2023 10:02 AM
Join la misi tu. Lg pun ko bukan makan gaji mcm staf mekdi kepci stabak dll tu.
Quote mejaputih 9-11-2023 10:05 AM
misi apps ni susah betul nk guna...ada glitch sbb maybe br lg...
Quote JohnDeSouza 9-11-2023 10:15 AM
mejaputih replied at 9-11-2023 10:05 AM
misi apps ni susah betul nk guna...ada glitch sbb maybe br lg...

aku pun x gemar sgt
Quote ifanonline 9-11-2023 10:16 AM
gerakkan Buy Muslim First akan di buat secara global
Quote ifanonline 9-11-2023 10:18 AM
rider perlu cari sumber pendapatan...permintaan terhadap BMF semak tinggi, why not jual burger ramly, ayamas, permintaan kpd brg consumer lain seperti sabun, shampoo, etc...hendak seribu daya, usah bergantung harap dgn ekosistem yahudi laknatullah lagi
Quote cikatilia 9-11-2023 10:20 AM
mejaputih: misi apps ni susah betul nk guna...ada glitch sbb maybe br lg...

dia slow weh.. tp aku dah beli 2 x mmg harga kedai tp aku pickup aje la sbb kalau ujan delivery nya vavavas

Quote mejaputih 9-11-2023 10:35 AM
cikatilia replied at 9-11-2023 10:20 AM
dia slow weh.. tp aku dah beli 2 x mmg harga kedai tp aku pickup aje la sbb kalau ujan delivery nya ...

ok2...nnt cuba lagi...sbb masa guna grab dulu bila compare harga kedai yg sama, rm4 beza per item weiii...gile cekik darah...
Quote cikatilia 9-11-2023 10:53 AM
mejaputih replied at 9-11-2023 10:35 AM
ok2...nnt cuba lagi...sbb masa guna grab dulu bila compare harga kedai yg sama, rm4 beza per item  ...

ye weh...
mcm kedai kat tepi opis aku... kita nak kua time keje mmg idak la kan..

nasi goreng ikan masin kat kedai RM8.00
food panda harga makanan aje dah RM12.90
delivery charges RM1.99.
gila x...

so aku pickup balik kerja... ada charges RM1 aje utk bank process ke apa sbb bayaq online.
berbaloi gila weh...
tp aku x try delivery lagi lah


Quote mejaputih 9-11-2023 10:56 AM
cikatilia replied at 9-11-2023 10:53 AM
ye weh...
mcm kedai kat tepi opis aku... kita nak kua time keje mmg idak la kan..

ooo kira ada choice la utk take away ye....ok2
Quote cikatilia 9-11-2023 11:04 AM
mejaputih replied at 9-11-2023 10:56 AM
ooo kira ada choice la utk take away ye....ok2

ada weh.. tp masalahnya aku xtau bole ke tidak utk set timing.. mcm nak amik kul 6 ke kan?
kang order awal sgt kang kembang ke apa..
mcm aku buat aku whatsap (cari le number google ke apa kan) kedai mention nak amik kul 6 order misi  sekian2
(masa order baru 4.45 gitu sbb 1st time)
Quote hatilara 9-11-2023 11:15 AM
harini terpaksa gak guna grabcar sebab xde alternatif lain ... dapat pulak pakcik yg agak berumur ... aku bayar extra bagi kat pakcik tu... grabfood mmg boikot coz ada alternatif lain ....
Quote shida81 9-11-2023 11:20 AM
Ak x mkn fast food trus dah Alang2 x mkn mcd.. Jimat duit ak.. Sihat ank2 ak..
Ni klu nk boikot visa/master pun ok jugak.. X de la hutang cc lg.. Tp bab debit card ni la tgh pikir2..leceh pulak nk bw cash..alternative qr code
Quote prettyuglybabe 9-11-2023 11:37 AM
dan dan semua keluar cerita sedih..
ritu kemahen cakap buat apa belajar tinggi..
gaji insinyur pun tak banyak gaji rider..
tak ke malu berlagak ujung-ujung tak kemana..
i tak boikot pun segala mala..
selama takde gerakan boikot pun, bukannya i masuk fastfood plus guna grab panda segala ni..
so lantak kome la..
Quote mejaputih 9-11-2023 11:48 AM
cikatilia replied at 9-11-2023 11:04 AM
ada weh.. tp masalahnya aku xtau bole ke tidak utk set timing.. mcm nak amik kul 6 ke kan?
kang or ...

ooo kena explore lagi la ni ntah2 ada feature tu ...
Quote mejaputih 9-11-2023 11:49 AM
shida81 replied at 9-11-2023 11:20 AM
Ak x mkn fast food trus dah Alang2 x mkn mcd.. Jimat duit ak.. Sihat ank2 ak..
Ni klu nk boikot visa ...

nak cash out kena guna debit card juga kan nk cucuk kat ATM machine...
Quote MistrezHermanaz 9-11-2023 12:48 PM
cikatilia replied at 9-11-2023 10:20 AM
dia slow weh.. tp aku dah beli 2 x mmg harga kedai tp aku pickup aje la sbb kalau ujan delivery nya ...

siap ada cas hujan dlm tu

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.217154 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top