CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Stacy Tak Suka Bila Akim Ahmad Mula Cakap Sabah, Tandanya Tengah Marah

9-11-2023 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3410| Komen: 3

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan Akim Ahmad sedang melayan permintaan dari peminat mereka untuk mendengarnya bercakap dengan menggunakan loghat Sabah.

“Akim belanja ba dulu cakap Sabah, boleh! saya boleh cakap Sabah, apa lagi kau mau," kata Akim Ahmad.


Foto: IG

Bagaimanapun Stacy mengakui dia tidak suka suaminya itu bercakap Sabah.

“Tapi saya tidak suka kalau dia cakap Sabah, kenapa? sebab masa dia marah saja dia keluar Sabah dia tu,”kata Stacy.



Di ruangan komen, ada juga berkongsi perkara yang sama seperti Stacy, hanya bercakap loghat Sabah bila tengah marah dan nada loghat Sabah selalunya tinggi-tinggi.

“Ya saya faham tu stacy, kalau aku cakap dengan anak-anak semua orang tengok dorang ingat aku marah anak”


“Saya kl, husband Sabah. Saya selalu tanya dia  ‘awak marah ke’, hahaha habis suara macam nak ajak gaduh je, haha”

“Wehh tapi serious, aku orang jb mix Sabah, tapi kalau time marah je auto keluar Sabah," kata mereka. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 9-11-2023 11:18 AM
Takat ceta xde bideo watpe. Kasi tepek la bideonya biar urang bulih paham cerita. Sa peratiiii jak reputs yg malas ni https://www.tiktok.com/@teamsangatgilastacy/video/7279303010239515906?embed_source=null%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=murai.my%2F2023%2F192560%2Fvideo-stacy-mengadu-tidak-suka-akim-ahmad-cakap-sabah-kerana%2F&referer_video_id=7279303010239515906
Quote aammyy 9-11-2023 11:28 AM
Edited by aammyy at 9-11-2023 11:30 AM
Sazreena replied at 9-11-2023 11:18 AM
Takat ceta xde bideo watpe. Kasi tepek la bideonya biar urang bulih paham cerita. Sa peratiiii jak r ...


Takpe. Janji gambar ada. ???????? Aku letak emoji pembaris tak keluar
Quote Sazreena 9-11-2023 11:36 AM
aammyy replied at 9-11-2023 11:28 AM
Takpe. Janji gambar ada. ???????? Aku letak emoji pembaris tak keluar

Kalau content pasal gambar, aku ok je. Dah kata bideo en..letak la bideo. Ni nak kena merayau semata-mata nak tengok kebenarannya..ahgigih.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.027979 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top