Kontroversi rumah tangga yang melanda PU Abu Sufyan sejak beberapa tahun lalu sering mendapat perhatian ramai. Baru-baru ini pendakwah tersebut berkongsi bagaimana kemelut rumah tangganya bermula sehingga menjadi tular di media sosial.
Menerusi temu bual bersama PU Rahmat dan PU Amin, Abu berkata sebagai pasangan suami isteri masalah rumah tangga adalah merupakan sebahagian daripada lumrah hidup. "Sama ada orang tahu atau orang tak tahu, bezanya kita waktu itu adalah ustaz selebriti. Bila dihimpit dengan masalah rumah tangga, yang sebenarnya saya boleh katakan adalah iman tak kuatlah untuk saya pertahankan rumah tangga itu sebaik mungkin. "Tapi bila saya tergelincir daripada landasan rumah tangga pada peringakat awal..masa itu baru kahwin beberapa bulan itu yang menjadi isu besar." Abu menjelaskan bahawa selepas menceraikan isteri pertama iaitu Ain ‘Afini, dia kemudian berada di Madinah bersama Hana Azra (isteri kedua) dan keluarga tetapi ketika itu mereka masih belum mendirikan rumah tangga.
Spekulasi kemudian tercetus apabila Ain bertindak memuat naik hantaran di Instagram (IG). "Sebenarnya yang menjadikan isu itu hebat adalah bila IG Story yang diambil semasa di Madinah. Ketika itu dalam tempoh bekas isteri dan bekas suami (status perkahwinan bersama Ain). "Bila saya muat naik IG Story macam seolah-olah bahagia dengan Hana. Jadi bekas isteri pertama ini dia jadi macam ‘trigger lah’. "Belum lagi kahwin (bersama Hana) tetapi masa itu saya buat IG Story dekat Madinah. Dia ada dengan keluarga dia. "Kemudian dia (Ain) muat naik kenyataan untuk beritahu, sebab bila orang tengok IG Story di akaun saya, orang banyak bertanya kepada dia. Dia update atas dasar nak menyatakan tentang hubungan kami. Lepas itu kawan-kawan dia mention semua PU dan portal tertentu..masa itu lah jadi viral." Walau bagaimanapun, selepas isu rumah tangga menjadi tular Abu mengakui khilafnya kerana bertindak sedemikian. "Tapi perkara itu dari sudut ‘commen sense’ ia mesti diakui salah." Di ruangan komen, rata-rata tak senang dengan isu rumah tangga PU Abu yang dibincangkan secara terbuka kerana perkara tersebut sudah lama berlaku selain dilihat seolah-olah membuka aib. Terdahulu, PU Abu telah memberi bayangan bahawa bahtera kedua-dua perkahwinannya sudah berakhir dengan mengakui kesilapan adalah daripada dirinya sendiri. Untuk info, krisis rumah tangga mereka tercetus apabila Ain mendedahkan bahawa dia telah diceraikan Abu semasa sedang hamil tujuh bulan iaitu sekitar April 2019. Difahamkan wujud orang ketiga dalam perkahwinan mereka iaitu Hana yang juga merupakan seorang ibu tunggal. Bagaimanapun, Abu dan Ain kembali rujuk selepas Abu melangsungkan perkahwinan bersama Hana. -CARI |
MissVixen replied at 9-11-2023 09:46 AM
Hahaha. Kenyataan pun macam nak salahkan bini pertama. Sanggup ye perempuan ni jilat ludah balik. Lu ...
pocongkiutss replied at 9-11-2023 10:04 AM
Dia jilat balik sbb nak sakitkan hati bini kedua je tu uols
Bini kedua dia tu lagi jijiks..belum ...
ADVERTISEMENT