Seorang pelajar menyangka ia adalah 'hadiah daripada Tuhan' apabila secara tidak sengaja diberi geran sebanyak £850,000 (RM4.8 juta). Sibongile Mani, 32, biasanya menerima bantuan bersamaan £85 (RM489) sebulan untuk menyara dirinya dan membayar buku sepanjang kursus perakaunannya.
Namun, dia terkejut apabila melihat dia telah diberikan wang 10,000 kali ganda daripada biasa dan mula menggunakannya selama 73 hari. Mani, dari Afrika Selatan, menjadi jutawan dalam sekelip mata selepas 14 juta rands dimasukkan ke dalam akaun banknya pada 2017 – bersamaan pada masa itu kepada £850,000 (RM4.8 juta). Tetapi daripada mempersoalkan jumlah itu, Mani dengan cepat mula membelanjakannya dengan membeli iPhone model terbaharu untuk dia dan rakan-rakannya dan serta mengubah gaya rambut. Dia juga sering keluar malam ke kelan mewah dan membelanjakan sehingga £100 setiap satu untuk minuman keras yang mahal.
Bagaimanapun, rakan-rakannya segera menyedari perubahan kelakuannya dan menjadi curiga. Dia kemudian dilaporkan kepada skim bantuan sebelum ditangkap dan didakwa atas tuduhan mencuri dan penipuan sebelum dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas membelanjakan R818,000 – hampir £50,000 pada masa itu. Tetapi Mani membantah hukuman itu dan mengisytiharkan dia menganggap wang tunai berkenaan adalah 'wang ajaib'. "Apa yang saya hadapi tidak adil sama sekali. Wang yang saya dapat dalam akaun saya ketika itu saya membelanjakannya tanpa berfikir dua kali. Saya fikir ia adalah wang ajaib. "Kalaulah saya tahu pada masa itu ia akan berakhir seperti ini. Saya menulis ini dengan hati yang sedih. Saya akan tetap kuat sehingga saya meninggalkan penjara walaupun ia akan menjadi sukar," tulisnya di blog. Peguamnya, Asanda Pakade, kemudian merayu atas alasan Mani bukan bahaya kepada masyarakat. Dia juga berkata pelajar tidak mencari wang itu dan dengan penjara yang sudah sesak, dia berhujah penjara tidak sesuai untuk anak guamnya. Beliau menambah, Skim Bantuan Kewangan Pelajar Kebangsaan telah tersilap menghantar jumlah wang itu dan tidak menyedari wang tunai itu hilang sehingga ia dibawa kepada perhatian mereka. Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi London Timur di Makhanda, dua hakim bersetuju untuk menggantung hukuman Mani selagi dia tidak melakukan kecurian atau penipuan semasa dibebaskan. - CARI Sumber: mStar/Daily Star
|
mejaputih replied at 9-11-2023 09:04 AM
korang kalau dpt duit sedebuk mcm ni tak cuak ke? iols akan cuak sbb takut ada mafia jahat salah mas ...
jazaa100 replied at 9-11-2023 11:42 AM
Aku dpt duit tetiba dlm akaun rm700,++ pun aku risau...
Call bank suruh amik balik...bank kata klu s ...
Skuau replied at 9-11-2023 12:25 PM
Orng 'BAGI' kita duit....kita(yg menerima) jugok ke yg salah..undang2 apa camni???...
kepompong replied at 9-11-2023 11:49 AM
begitulah kalau kanak-kanak /remaja dpt duit yg byk. Dulu kat britain remaja umur 16 tahun menang ju ...
ADVERTISEMENT