CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cedera Punggung Dan Perut, Wafariena Alami Masalah Di Bahagian Peranakan

9-11-2023 07:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2205| Komen: 6

Masuk lima tahun berlakon, Wafariena Roslan tidak menyangka apabila kehadirannya sentiasa diterima baik oleh syarikat produksi dan stesen TV.

Dia bersyukur dihujani tawaran demi tawaran.


Namun timbul khabar angin mendakwa dia sudah lama tidak berlakon memandangkan wajahnya sudah lama tidak muncul di TV.

Foto: IG

Wafariena memberitahu, dia sebenarnya bukan tiada tawaran berlakon, tetapi kebanyakan drama yang dibintangi belum disiarkan.

"Alhamdulillah sepanjang lima tahun mencuba nasib dalam bidang seni, saya menerima pelbagai tawaran lakonan hingga tiada masa untuk bercuti.

"Kalau nak tahu saya hanya pernah bercuti panjang ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 serta cuti sakit selama dua bulan akibat kecederaan yang dialami ketika menjalani sebuah penggambaran drama tahun lalu.

"Selebihnya masa saya dihabiskan di set penggambaran. Sebenarnya bukan tiada tawaran berlakon, tetapi kebanyakan drama yang saya dah buat belum disiarkan lagi," katanya kepada Harian Metro.




Terbaharu Wafariena membintangi sebuah telefilem berjudul Hang Nak P Mana? arahan Asri Baq'U Tajudin yang ditayangkan di Astro First bermula hari ini.

Selepas mengalami kecederaan di punggung dan perut ketika melakukan aksi lagak ngeri dalam babak sebuah drama lakonannya, Wafariena berkata, doktor memaklumkan dia mengalami masalah pada bahagian peranakan.

"Kalau saya ditawarkan berlakon untuk filem atau drama aksi yang memerlukan saya melakukan aksi lagak ngeri, saya elakkan kerana saya ada masalah di bahagian peranakan.

"Alhamdulillah sekarang ini semuanya sudah beransur baik. Saya pun tidak mengalami sebarang kesan teruk selepas menerima rawatan di hospital," katanya.

Biarpun sudah hampir lima tahun bertapak dalam bidang lakonan, Wafariena tidak pernah menganggap dirinya sudah lama dalam bidang itu, sebaliknya masih banyak perkara yang perlu dipelajari.



Tidak pernah mengetepikan pelakon senior setiap kali berada di lokasi penggambaran, Wafariena berkata, dia sebolehnya menegur setiap orang tidak kira pelakon, kru produksi mahupun pelakon tambahan.

"Di awal permulaan karier saya sebagai pelakon, saya diajar untuk menegur semua orang di set penggambaran.

"Saya anggap semua yang berada di set adalah keluarga saya. Jadi, mahu atau tidak, saya perlu cipta keserasian dengan cepat supaya saya tidak menyusahkan mana-mana pihak ketika sesi penggambaran berlangsung.



"Walaupun saya agak pemalu dulu, tapi saya cabar diri dan buktikan saya boleh lakukan setiap babak yang perlu dibuat," katanya.

Menyedari wujud segelintir pelakon baharu yang lebih gemar menyendiri ketika berada di set penggambaran, Wafariena bagaimanapun menasihatkan supaya mereka tidak berasa malu atau menganggap diri kerdil.

"Kalau nak tahu kebanyakan pelakon senior sangat peramah. Kadangkala mereka datang tegur saya dulu, lebih-lebih lagi kalau nampak saya sedang membaca skrip.

"Mereka akan datang lepak dan beri tunjuk ajar. Jadi, pelakon baharu jangan jauhkan diri dengan pelakon senior. Cuba tegur pelakon lama dan kru produksi di set.

"Kita sudah dewasa dan sudah pandai bawa diri. Jangan rasa diri anda kerdil sehingga buat hal sendiri,"katanya.



Dalam pada itu, Wafariena turut berkongsi pengalamannya ketika dalam telefilem Hang Nak P Mana? disamping pelakon Joey Daud, Hairi Safwan dan Rahim Jailani.

"Dalam telefilem ini saya tak berdepan sebarang cabaran yang besar, sebaliknya saya seronok dapat bekerjasama dengan ramai pelakon otai.

"Selain itu, pengalaman bekerja di bawah arahan Baq'U juga antara momen yang tidak dapat dilupakan. Kami saling bertukar pandangan dan saya cuba merealisasikan watak yang diberikan dengan sebaiknya," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 9-11-2023 07:42 AM
Muka sheols seiras dgn pelakon remaja yg tak sekolah tu. Boleh beri peluang berlakon jadi adik kakak atau mak anak.

Quote KamikuP 9-11-2023 09:26 AM
mUKA sheolls muka desa nan permai, sesuai watak gadis kamnpung yg naif
Quote cikatilia 9-11-2023 10:57 AM
KamikuP: mUKA sheolls muka desa nan permai, sesuai watak gadis kamnpung yg naif

aku ingat dia gadis desa yg jahat gila

Quote dewi_rina 9-11-2023 10:59 AM
Muka sheols sesuai watak Nurul tu, pakai tudung tapi jahat busuk hati
Quote whimsicalmusic 9-11-2023 08:43 PM
aku rasa die ni ade potensi kawen ngn dato samada yg berusia sikit atau dato forex
Quote somaki 9-11-2023 09:30 PM
Aritu rombongan sekolah iols pergi melaka. Adik si wafariena ni student iols. Wafariena ni baik sangat. Cakap lemah lembut. Mak sheols pun baik bila cakap dengan cg2

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.034252 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top