Kak KM kelihatan menyelar tindakan segelintir netizen yang sesuka hati memberikan gelaran terhadap anak Rozita Che Wan sebagai ‘Pick Me Girl’ baru-baru ini. Kak KM sempat meninggalkan komen kesat merujuk kepada tindakan individu tersebut yang tergamak memberikan gelaran sedemikian terhadap kanak-kanak.
“Memang semua mulut macam k*mak,” tulisnya ringkas. Sementara itu, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan. Malah, mereka beranggapan tindakan melabel dan memberikan gelaran kurang sopan terhadap anak orang lain adalah satu tindakan yang sangat biadap. “Melebih betul ye label anak orang macam tu..Denagn budak pun nak dengki. “Jaga je lah anak sendiri jangan duk judge anak orang. Orang berduit memang semua benda boleh buat. Kita ni apa je ada. “Sebab anak Che Ta lawa sangat sampai orang tua pun dengki dengan budak-budak. Sabarlah Che Ta lantak kan mereka,” komen netizen.
|
ADVERTISEMENT