Ada wanita berstatus janda mendekati Syafie Naswip dan mengajaknya untuk berkahwin. Di Instagram Stories (IGS), Syafie memuat naik kiriman mesej yang diterimanya di TikTok baru-baru ini.
Wanita itu bertanya tentang status terkininya malah bertanya adakah dia sudi untuk menjadi suami dan ayah serta menerima anak-anaknya. “Assalamualaikum… Syafie… Salam kenalan dari saya Zura… awak masih single ke? “Sudi tak awak menjadi imam saya dan anak-anak saya,” tanya wanita itu. Namun Syafie dilihat tidak menjawab kiriman mesej individu itu namun hanya menulis kapsyen ringkas beserta emoji.
“Matilanak,” tulisnya.
|
ADVERTISEMENT