PETALING JAYA - Tular di media sosial pengulas makanan dari Australia, Papa Nash berkongsi kisah tentang pasangan suami isteri dari Malaysia yang meraih pendapatan tinggi dengan hanya menjual sate ayam di Perth, Australia.
Sate itu dijual pada harga AU$2 (RM7) satu cucuk dan habis dijual dalam tempoh tiga jam dari pukul 2 petang hingga 5 petang. Difahamkan hidangan sate yang padat dengan daging tanpa lemak disediakan oleh si suami, manakala isterinya pula sedang menggoreng menu ayam berempah di dalam kuali. “Kebanyakan sate mempunyai lemak di bahagian tengah tetapi sate yang dijual ini sangat padat dan tebal. “Sate ini dijual secara set dengan harga harga AU$12 (RM36.62) atau AU$2 (RM7) untuk secucuk serta ia dihidangkan bersama kuah kacang, bawang, timun dan nasi impit,” ulasnya. Gerai yang dikenali sebagai ‘Satay Bro’ ini tidak hanya menjual sate, tetapi juga menjual mi goreng dan nasi kuning ayam panggang.
“Kalau datang lambat, memang pasti kena beratur panjang kerana sate yang dijual ini memang sedap,” katanya. Ulasnya lagi, sate tersebut merupakan antara sate yang paling sedap yang pernah dimakannya sehingga beri markah penuh untuk gerai itu. Di ruangan komen, pengguna laman sosial memuji inisiatif orang Malaysia ini berusaha mencari rezeki di luar negara. “Alhamdulillah tahniah, bukan senang nak cari rezeki di negeri orang,” kata seorang pengguna laman sosial. “Wow, hampir RM100,000 (AU$32,000) sebulan. Saya bangga dengan awak,” komen Kadyrov Oya. Selain itu, ada juga komen terselit mengatakan mereka pernah bertemu peniaga ini ketika peniaga ini masih berniaga di Malaysia. “Orang Cocos mungkin kakak dan abang ini. Di Sabah, mereka memang berniaga satay. Sedap,” kata andiros8. – CARI Sumber: Kosmo
|
Samerosie replied at 9-11-2023 07:25 AM
Boleh tak jgn convert ke RM. Acik2 semua dengo terngangga mulut.
shida81 replied at 9-11-2023 07:26 AM
Kannnnnn.... Nnti berebut2 la org nk g australia jual sate pulak
nolya replied at 9-11-2023 11:47 AM
Di Aussei, boleh ke pemerintah setempat benarkan orang2 asing buka table, pasang kanopi berjualan/be ...
Skuau replied at 9-11-2023 12:32 PM
komen #7 dh citer...
ADVERTISEMENT