Isteri kepada Shuib mendedahkan pelawak itu sanggup menyewa sebuah 'hall' pawagam ketika pertama kali mereka keluar bertemu janji. Pemilik nama sebenar, Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, 35, berkata, perkara itu dilakukan Shuib sebagai memulakan langkah untuk bertemu dengannya dan itu merupakan kali pertama mereka bertentang mata.
"Selepas kami bermesej-mesej, dia ada hubungi saya tanya bila boleh berjumpa. "Bila saya kata boleh, terus dia sewa satu pawagam. Kau rasa? Masa itulah perkenalan kami bermula, bertentang mata," katanya. Watie berkongsi perkara itu selepas mendapat pertanyaan daripada peminat mengenai pengalaman pertama kali bertemu dengan Shuib di Instagram miliknya. Imbau Watie lagi, pada pertemuan itu dia masih mengingati minyak wangi yang dipakainya berbau semerbak. Selepas pertemuan itu, dia dan Shuib semakin dekat malah dia juga lebih mudah berbalas mesej penyampai radio berkenaan.
"Masa pertemuan pertama itu, dia wangi! Selepas itu, barulah kami berkenalan dengan lebih dekat. "Kalau sebelum ini lambat balas mesej tapi selepas jumpa, ada daya tarikan lajulah sikit kita balas mesej dia," katanya. Dalam pada itu, Watie menyifatkan Shuib seorang yang kelakar pada awal perkenalan mereka namun pelawak itu sebenarnya seorang yang tegas. "Bila berborak dia kelakar, kita pula suka gelak. "Masa berkenalan dia kelakar, dah lama kenal dia garang," jelasnya. Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian Allahyarham isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan, 2 tahun. Sumber: mStar
|
rbmy replied at 8-11-2023 06:58 PM
dia wangi katanya..
wow soeb pakai pewangi apa smpai wangi. tp tetap aku tgk soeb ni busuk ntah ken ...
aku tgk soeb ni busuk ntah kenapa.. maaflah ye taktaula maybe sebab nengok dia merokok tu apa mcm ntah la.
Kangkung1M replied at 9-11-2023 07:35 AM
Gigi Watie pakai veener. Orang kata siapa buat veneer gigi ni mulut mereka berbau busuk. So sepada ...
menjad replied at 9-11-2023 12:09 AM
Aik kata tak pernah kuar dating berduo. Nih siap sewa pawagam. Choiiiiii
rbmy replied at 9-11-2023 08:12 AM
ye ke? bukan veener kasi bersih putih berseri gigi ke..
yg pakai veneer kena jawab ni..
rbmy replied at 8-11-2023 08:12 PM
ye ke? bukan veener kasi bersih putih berseri gigi ke..
yg pakai veneer kena jawab ni..
kepompong replied at 9-11-2023 08:41 AM
kat jb ni........ takyah nak sewa mahal2.. ada masa2 tertentu mmg ngko sorang lah duk dalam tu sbb t ...
ADVERTISEMENT