Oleh Izzah Abbasy
Lumrah apabila lelaki suka melihat wanita yang cantik. Namun, bukanlah cantik dengan mekap setebal 4 inci. Hanya sekadar mencalit pelembap bibir, merapikan kening dan memakai eyeliner ia sudah mencukupi. Kenapa agaknya lelaki memilih wanita yang tidak mengenakan mekap untuk dijadikan suri hatinya berbanding wanita yang mengenakan mekap tebal-tebal ini? Jom, baca fakta tersebut. 1) Suka Wanita Yang Yakin Lelaki bukanlah inginkan wanita yang yang seksi cantik dan seksi sahaja. Namun, jika wanita boleh keluar tanpa mekap, ia merupakan seorang yang berkeyakinan tinggi. Sekaligus, lelaki akan tertarik. 2) Tidak Suka Wanita Obses Lelaki kalau boleh tidak mahu wanita terlalu obses dengan kecantikan. Cukuplah sekadar bersederhana dan tampil cantik kemas dan berseri dengan wajah yang semula jadi. 3) Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. 4) Lelaki Tidak Suka Menunggu Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya. 5) Cantik Luaran Tidak Penting Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki. Info : EH
|
5
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
16
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT