Pelakon, Datin Intan Najuwa menegaskan citarasanya dalam berfesyen tidak pernah berubah walaupun selepas berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf, 39. Kata aktres itu, gelaran datin yang disandangya selepas bergelar isteri sama sekali tidak mempengaruhi gaya penampilannya.
"Saya masih orang yang sama. Pakaian, fesyen dan sebagainya masih sama. Kita ikut peredaran masa dan fesyen itu sendiri. "Saya juga sedikit terbuka mengenai fesyen. Memang saya suka fesyen tapi tak adalah nak jadi datin-datin ni. It's just a title. "Fesyen tetap diri saya dan saya jadi diri sendiri," katanya dalam satu temubual bersama Media Hiburan. Intan juga memaklumkan rutin kerjanya juga tidak berubah. Dia masih saja keluar mencari pendapatan sendiri. Malahan, suaminya juga memberikan sokongan serta menjadi tulang belakangnya. "Sekarang ini saya masih shooting drama 16 episod. Suami keluar bekerja, begitu juga saya. "Saya memang tak pernah stop kecuali benda-benda yang tak mengizinkan. Macam pregnant or anything. "Tapi, buat masa ini selagi ada daya dan kemampuan, saya akan bekerja dan suami juga tidak pernah menghalang," katanya. Walaupun suaminya tidak meletakkan apa-apa syarat atau mengubah skrip lakonannya namun sebagai isteri, Intan sedar batas yang perlu dijaga. "Dah jadi isteri jadi apa-apa kena letak husband yang paling utama. Kena fikir sebelum nak ambil atau buat apa-apa bimbang nanti mengecilkan hati dia atau buat dia terasa, saya akan elakkan. "Saya sanggup lakukan apa saja untuk melindungi suami saya," katanya. Sumber: Media Hiburan |
hareeeesah replied at 8-11-2023 06:58 PM
Tp mcm x seswai buat rmbut flat melepek gitu nampk alien tibeh…
evlinne replied at 8-11-2023 07:00 PM
Hahahaha alien ko cakap
Sbb muka dia bulat mcm humpty dumpty
Manusiabesa replied at 8-11-2023 06:46 PM
Best la jd dia... otak cerdik.. nape la aku xsebijak dia..hekhek..bila otak cerdik..making money... ...
Manusiabesa replied at 8-11-2023 06:46 PM
Best la jd dia... otak cerdik.. nape la aku xsebijak dia..hekhek..bila otak cerdik..making money... ...
jihyomelly replied at 8-11-2023 06:45 PM
biarkan la..dia dah ada somi..somi dia suka xyah la sibuk2..tapi sejak kawin somi tintan nampak muda ...
ADVERTISEMENT