CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Fokus Jadi YB, Altimet Sengaja Letak Harga Tinggi Kalau Ada Yang Offer Menyanyi

8-11-2023 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2446| Komen: 14

Walaupun sibuk dengan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Ampang sejak tiga bulan lepas, Altimet masih menerima pelbagai undangan persembahan pentas.

Bagaimanapun dia nekad dengan keputusan bersara dari bidang seni dan ingin memberi tumpuan kepada suara rakyat.


Foto: IG

"Tugas sebagai wakil rakyat sesuai dengan naluri saya buat masa ini sebab mahu berkhidmat kepada mereka.

"Pada mulanya memang ada tawarkan saya persembahan pentas tetapi sekarang sudah tidak ada sebab saya letak harga tinggi sebagai cara halus menolak.

"Sekarang sudah tidak ada undangan, mungkin sebab mereka sudah putus asa dengan saya," katanya kepada mStar.



Altimet berkata, dia tidak merindui karier lamanya sebagai seorang penyanyi rap dan menyifatkan ia sekadar pekerjaan yang sudah ditinggalkan.

Sebaliknya dia kini mahu memberi keutamaan kepada suara dan keperluan rakyat yang meletakkan kepercayaan kepadanya sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) pada 12 Ogos lalu.



Untuk rekod, Altimet berjaya menumpaskan calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslziah Syed Ariffin dengan majoriti 6,320 undian di Lembah Jaya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AWEKSAMURAI 8-11-2023 03:05 PM
Jd YB pun sepi je lembah jaya sana bersepah jgak org asing tgh jd kaduk naik junjung.. Altimet xde buat apa lagi pon sekadar solat kat masjid back to back tu je
Quote LembingDayanti 8-11-2023 03:38 PM
ilusi sungguh mamat ni.... yg panggil dia ni stesyen tv yg mmg bayar rendah je... mana ada dinner show panggil dia ni hahahahhaah berangan yerrr
Quote kakasotong2 8-11-2023 03:56 PM
Selamat berkhidmat YB Altimet yg sangat disayangi warga Lembah Jaya
Quote kakasotong2 8-11-2023 03:57 PM
Btw heols pun dah xheran dah dengan job nyanyian ni. Orang tu dah jadi YB kot
Quote babyshun 8-11-2023 04:01 PM
kesahnya..dh jd YB asyuk la..buat apa nk menyanyi lg
Quote eizarz 8-11-2023 05:15 PM
ko bersara la lagi bagus..nyanyi oun tak sedap…next election confirm ko tak menang dah…ko bukan sape2..ko ingat kawan hanan yeoh ada lesen besar ke
Quote intan244 9-11-2023 10:24 AM
YB boleh ada side job ee?
Quote Skyline_84 9-11-2023 11:37 AM
jdi yb pasal gaji lgi asyukk kan...menyampah aih mamat ni poyo
Quote sideqsegaraga 9-11-2023 11:49 AM
kakasotong2 replied at 8-11-2023 03:56 PM
Selamat berkhidmat YB Altimet yg sangat disayangi warga Lembah Jaya

Menang majoriti tinggi juga. Maknanya, memang warga Lembah Jaya suka YB Altimet lah.
Mudah mudahan dipermudahkan segala urusan YB Altimet dalam meneraju Lembah Jaya ke arah kebaikan dan kemajuan. Bukan senang artis nak menang dalam PRU.
Quote supernaturalee 9-11-2023 12:23 PM
sideqsegaraga replied at 9-11-2023 11:49 AM
Menang majoriti tinggi juga. Maknanya, memang warga Lembah Jaya suka YB Altimet lah.
Mudah mudahan ...

1st ever



Quote kakasotong2 9-11-2023 01:14 PM
sideqsegaraga replied at 9-11-2023 11:49 AM
Menang majoriti tinggi juga. Maknanya, memang warga Lembah Jaya suka YB Altimet lah.
Mudah mudahan ...

Ye uols dia sendiri dah lama buat groundwork kt Lembah Jaya sana. Turun padang, xsilap jadi ahli MPAJ before jadi calon PRN. Akhirnya menang & jd Adun. Usaha x mengkhianati hasil

Bukan nak membandingkan tp hakikatnya jauh beza la YB Altimet ni dgn YB Badrol Bakhtiar tu. BB tu bidan terjun xpernah buat kerja2 berkaitan rakyat ni tiberr diangkat jd calon lepastu menang. Ntah macammana la dia buat kerja skrg.
Quote MissYouSayang 9-11-2023 02:22 PM
Belum pape lagi dah puji melambung..kehkehkeh
Quote sideqsegaraga 9-11-2023 04:04 PM
kakasotong2 replied at 9-11-2023 01:14 PM
Ye uols dia sendiri dah lama buat groundwork kt Lembah Jaya sana. Turun padang, xsilap jadi ahli M ...

Takpa kita bagi masa untuk deme ni beraksi. Kalau tak ok, bersedia la untuk PRN seterusnya. Mana yang betul berkhidmat untuk rakyat InsyaAllah akan dipilih lagi.
Quote dekmieDandy 9-11-2023 05:09 PM
dia ni dok mana sebenarnya yam, sebab haritu nampak dia joging kat bukit antarabangsa

sorang-sorang pulak tu

IRL, nampak dia helok jugak la, body pun mantop

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.236345 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top