Seorang wanita tampil mendedahkan dia meniduri ramai lelaki sejak tujuh bulan lalu. Apa yang mengejutkan, wanita Thailand yang bergelar pelajar itu merupakan penghidap HIV. Menurut pengakuannya di media sosial, nita itu berkata dia tidak pernah mendedahkan tentang penyakitnya dengan mana-mana lelaki yang dijumpai.
"Saya tak tahu nak dedahkan atau tidak, tapi akhirnya saya pilih untuk bersuara. Saya kini di tahun kedua pengajian universiti. "Saya mula berpesta dan tidur dengan ramai lelaki sejak April. Saya berpesta sebab nak mengubati hati yang terluka. Apa yang menghantui adalah saya merupakan penghidap HIV sejak lahir. "Saya rasa kesian dengan lelaki yang menjalani hubungan seks dengan saya. Maafkan saya. Saya harap saya tak wujud dalam dunia ini," luah wanita itu. Tambah wanita itu, dia juga berharap semua lelaki yang pernah menidurinya terus sihat dan tidak terkena jangkitan HIV sepertinya. - CARI
Sumber: mStar/Thaiger
|
ADVERTISEMENT