CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saintis Dakwa Piramid Tertua Dunia Di Indonesia

7-11-2023 05:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6093| Komen: 87

Jakarta: Sekumpulan ahli arkeologi mendakwa sebuah piramid purba yang tersembunyi di bawah Gunung Padang di Indonesia dipercayai merupakan piramid paling tua dunia.


Malah, berdasarkan laporan pentarikhan radiokarbon terkini tapak purba itu, Gunung Padang dikatakan mungkin merupakan struktur buatan manusia tertua yang diketahui.


PAKAR percaya piramid purba tersembunyi di Gunung Padang itu dibina semasa Zaman Glasier terakhir antara 16,000 hingga 27,000 tahun lalu. - AGENSI


Lapor Daily Mail, para pakar percaya piramid itu dibina bermula Zaman Ais terakhir iaitu lebih 16,000 tahun lalu.


Ini bermakna Gunung Padang berkemungkinan berusia 10,000 tahun lebih tua berbanding semua monumen dan piramid Giza di Mesir serta binaan batu terkenal England, Stonehenge.


Para penyelidik mendapati lapisan pertama dan paling dalam piramid Indonesia itu diukir daripada aliran lahar sejuk yang semula jadi di tapak tersebut.


Kumpulan saintis percaya masyarakat purba mungkin mengukir struktur piramid itu di dalam teras gunung berkenaan kira-kira ribuan tahun dahulu.


Ahli-ahli akademik menghabiskan lebih seabad berdebat sama ada struktur bawah tanah dikenali sebagai Gunung Padang benar-benar merupakan piramid buatan manusia dan bukan hanya pembentukan geologi semulajadi.


Namun, antara tahun 2011 dan 2015, pakar geologi dari Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional Indonesia, Danny Hilman Natawidjaja mengetuai pasukan ahli arkeologi, geofizik dan geologi untuk memahami dan merungkai misteri purba itu.


“Dengan menggunakan pemetaan radar bawah tanah, gerudi teras dan teknik penggalian, Natawidjaja dan rakan penyelidiknya dapat mengkaji lapisan pertama Gunung Padang yang terletak lebih sembilan tingkat (30 meter) di bawah permukaannya.


“Kajian ini menunjukkan Gunung Padang bukanlah bukit semula jadi,” kata pasukan arkeologi dalam Jurnal Archaeological Prospection.


Penelitian itu dibuat selepas bertahun-tahun menganalisi data perjalanan masa lalu.


Selain itu, pasukan penyelidik juga menemukan struktur batu lava diperbuat daripada andesit iaitu sejenis batu igneus butiran halus di teras piramid berkenaan.


“Ruang paling dalam yang digelar sebagai Unit 4 pula berkemungkinan berasal dari bukit lahar semula jadi, sebelum dipahat dan kemudian diselubungi seni bina semasa Zaman Glasier terakhir antara 16,000 hingga 27,000 tahun lalu,” jelas laporan.


Gunung Padang yang pertama kali ditemukan semula oleh penjajah Belanda pada tahun 1980, merupakan gunung berapi terletak di Jawa Barat.



Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 7-11-2023 07:38 PM
Makin kembang idong indon.


Quote mojarean_X 7-11-2023 07:40 PM
Agama Hanafi ke ni?
Quote CatMiow 7-11-2023 07:53 PM
Piramid ke,candi? Bukan ke keduanya miliki rekabentuk sama kat bahagian atas atau puncak?
Quote _blackbird 7-11-2023 08:13 PM
Indon kalau tak claim yg terpaling mmg tak sah. Paling epic, indon claim nabi sulaiman dan ratu balkis org yogyakarta
Quote kakikuDibibirmu 7-11-2023 08:17 PM
@AbukRokok tersenyum sinis dengan piramid moloyu
Quote pokokmeranti 7-11-2023 10:37 PM
Kat pahang pun ada satu kan.....
Quote dua_chzy 7-11-2023 10:45 PM
CatMiow replied at 7-11-2023 11:53 AM
Piramid ke,candi? Bukan ke keduanya miliki rekabentuk sama kat bahagian atas atau puncak?

Piramid.

Ni aiols pircaya.

Sebab ada tangan2 halus cuba setopkan further investigation atas piramid ni.

Kalau betul, artinya 20 ribu tahun lepas, manusia sudah wujud dan punya peradaban quite advance di nusantara ini.

Which means, segala agama, sejarah dunia, boleh dipersoal.

Sebab tu further investigation atas piramid ini idok dibenarkan kata teori konspirasi. Because it can literally challenge the world history known to us today.

Bumi ini memang mistik. Banyak lagi benda manusia belum tahu pasal bumi.
Quote dua_chzy 7-11-2023 10:48 PM
Edited by dua_chzy at 7-11-2023 04:43 PM

Rather than kondem Yindon terpaling, baik korang baca/nengok Youtube pasal piramid ni.

Historians memang debunked la kunun piramid ni piramid tertua dunia. Deols bilang eleh nonsense je suma ni sekadar megalitik site je nothing spesel kata depa.

Tapi...Aiols purcaya sebaliknya.
Quote dua_chzy 7-11-2023 10:49 PM
pokokmeranti replied at 7-11-2023 02:37 PM
Kat pahang pun ada satu kan.....

Yang ni pun tadak sapa minat nak kaji atau fund kajian. Kesian.

Dulu lebih 15 ka 18 tahun lepas kot ada masuk pasal ni kat The Star.

Pehtu sunyi sepi kontang kanting bak duda janda kesepian beritanya.
Quote gigahertz 7-11-2023 10:59 PM
dua_chzy replied at 7-11-2023 02:45 PM
Piramid.

Ni aiols pircaya.

Khabarnya piramid yang ada di zaman firaun tu pun
Bukannya firaun yg mengasas.
Quote dua_chzy 7-11-2023 11:03 PM
gigahertz replied at 7-11-2023 02:59 PM
Khabarnya piramid yang ada di zaman firaun tu pun
Bukannya firaun yg mengasas.

Alien yang buat kan.

Aiol ada tengok Youtube rituh pasal warna asal piramid ni iaitu putih. Di kegemilangan, kalau tengok dari jauh berkilat2 bersinar2 katanya sang piramid. Tinginnya nak hada Doraemon bawa aiol ke zaman silam tengok piramid dalam kaler asal in all its glory.

[youtube]_CeDOpCFwOY?si=7X7gWwKuywIOBuWN[/youtube]
Quote dua_chzy 7-11-2023 11:06 PM
Gomen Ndon sundri tak benarkan arkeologis korek further jauh ke dalam huntok investigate piramid Gunung Padang ni. Arkeologis dan historians berteori dalam piramid ni ada satu lagik unexplored chamber, much like Giza. Tu yang meka nak korek supaya boleh sampai ke chamber tu sebenarnya tapi gomen Ndon (atas arahan tangan2 halus?) tak benarkan.
Quote dua_chzy 7-11-2023 11:14 PM
Edited by dua_chzy at 7-11-2023 03:17 PM

Ada beberapa ancient piramid seperti ni di dunia. Salah satunya Piramid Matahari di Bosnia Herzegovina tempat genocide dulu2 zaman aiols SK. Yang ni dianggarkan sekitar 30k years old.


https://tobosnia.com/bosnian-pyr ... e%20cosmic%20north.

https://www.discovermagazine.com ... nian-pyramid-scheme

Tapi ni pun experts kata eleh natural formation je tu.

Pehtu ni lagik di Russia - The Kola Pyramids;

https://www.24jours.com/mysterie ... rite-human-history/

Quote Skuau 7-11-2023 11:15 PM
dua_chzy replied at 7-11-2023 10:49 PM
Yang ni pun tadak sapa minat nak kaji atau fund kajian. Kesian.

Dulu lebih 15 ka 18 tahun lepas k ...

"perabeh duit kami jer"-Acik porem t20 pembayar cukai....
Quote dua_chzy 7-11-2023 11:17 PM
Skuau replied at 7-11-2023 03:15 PM
"perabeh duit kami jer"-Acik porem t20 pembayar cukai....

Deols bukan billiunair. Mintak la fund dari ummah reta berbillion USD.
Quote fofuler 7-11-2023 11:21 PM
Itu hari memang ada tengok documentary ke apa pasal pyramid2 yang ada kat dunia ni. Ancient Apocalypse tak silap nama series tu, pyramid indo ni pun ada featured. Best tak rugi tengok..
Quote pokokmeranti 7-11-2023 11:26 PM
dua_chzy replied at 7-11-2023 10:49 PM
Yang ni pun tadak sapa minat nak kaji atau fund kajian. Kesian.

Dulu lebih 15 ka 18 tahun lepas k ...

Yg i dengar2
1. Xde funding dr kerajaan
2. Tentera yg jaga
3. Penemuan lanjut akan menunjukkan ketamadunan melayu dah hebat, ada pihak x suka
Quote dua_chzy 7-11-2023 11:28 PM
pokokmeranti replied at 7-11-2023 03:26 PM
Yg i dengar2
1. Xde funding dr kerajaan
2. Tentera yg jaga

Ha see. Yang kedua dan ketiga tu - tiap gomen negara yang dikatakan ada ancient pyramid di dunia ni seperti kena katup mulut oleh tangan2 halus, salah satunya gomen Jokowi ni la. There's something important, 'they' don't want us to know.
Quote dua_chzy 7-11-2023 11:30 PM
Btw ni kali kedua topik ni dibuka di CI.

Mungkin tahun 2025, bakalan terjadi semula.

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.080066 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top