CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Angeline Tan Terpaksa Buka Tudung Untuk Habiskan Kerja Dan Watak Yang Ditawarkan

7-11-2023 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2341| Komen: 7

Angeline Tan kata masih ada beberapa watak yang menuntutnya menanggalkan tudung walaupun kini sedang menyesuaikan diri dengan imej berhijab.

Katanya watak yang dimaksudkan itu telah ditawarkan kepadanya sejak sebelum dia memeluk Islam.


Foto: IG

Kata Angeline, dia perlu menyelesaikan kerjanya itu seperti yang sudah dijanjikan dengan pihak pengarah.

Saya masih berlakon, kerja saya masih teruskan macam biasa. Saya masih belajar tentang akhlak dan masih ada kerja belum selesai. Biar saya selesaikan dulu.



"Saya memang ada watak yang meminta untuk buka tudung, sebabnya watak dan kerja itu saya terima sebelum saya peluk Islam lagi dan berkahwin dengan Sabri.

"Malah ketika saya ingin peluk Islam, saya tidak merancang pun untuk memakai tudung, selepas peluk Islam, saya melihat dan belajar sendiri untuk pakai tudung.

"Jadi apa yang sudah saya janji dengan pengarah tentang watak tidak bertudung itu, saya perlu buat,"katanya seperti dipetik di OhBulan.


Disebabkan itu Angeline berharap orang ramai memahami situasinya dan tidak berasa terkejut sekiranya melihat dia tidak berhijab.

"Saya percaya netizen sangat baik dan faham keadaan saya. Saya pasti juga mereka akan memahami dan beri ruang kepada saya ketika saya bekerja.



"Saya juga harap orang tidak campur ‘Angeline Tan’ dengan watak. Saya minta sangat-sangat orang memahami lah saya bekerja." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babynina30 8-11-2023 03:55 AM
Semua caption dia, i siap baca with her nada
Quote rbmy 8-11-2023 07:08 AM
babynina30 replied at 8-11-2023 03:55 AM
Semua caption dia, i siap baca with her nada

kan,.. cara dia bercakap auto kita baca ikut tone dia. hahaha love sgt dgn cara dia bercakap sangat sesuai dgn pok yaaaa konkode
Quote sayurmayur88 8-11-2023 07:36 AM
love sgt kt angeline n sabri...
Quote virgocircus 8-11-2023 07:59 AM
It's ok sis..pelan pelan kayuh.
Quote stingerbumpy 8-11-2023 08:14 AM
virgocircus replied at 8-11-2023 07:59 AM
It's ok sis..pelan pelan kayuh.

Pakejura pun lepas tawen lama jugak baru berhijab kheun?.iteww pun mungkin sebab dah nak bukak perniagaan tudung pprt baru digerakkheun hati utk berhijab....

Better late than never kata org2 tua?

Quote rain2169 8-11-2023 08:27 AM
suka tengok couple ni....
Quote kucingitam 9-11-2023 12:02 PM
babynina30 replied at 8-11-2023 03:55 AM
Semua caption dia, i siap baca with her nada

hahaha sama....

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.072310 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top