CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bagi Kata Laluan Untuk Semua Akaun Bank Kepada Isteri, Dazrin Kamarudin Rasa Dah Nak Mati Sebab Tak Boleh Bernafas

7-11-2023 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3319| Komen: 14

Susah nak bernafas, Dazrin Kamarudin terpaksa menjalani pembedahan di bahagian hidung akibat masalah sinus. 

Kata Dazrin, 35, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan apabila dia tidak dapat bernafas seecara normal ketika sedang tidur.


Foto: IG

Panik dengan situasi berkenaan, Dazrin berkata dia dan isterinya iaitu Nur Fazulin Razali segera menghubungi doktor pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Minggu lepas pada jam 2.30 pagi, saya tidak boleh bernafas. Rasa nak mati. Masa itu saya berasa sangat panik sebab tekak saya dah kena sekat dan sudah tidak boleh bernafas.

"Saya kejut isteri saya, siap bagi kata laluan untuk semua akaun bank saya sebab saya takut sangat apa-apa buruk yang terjadi kepada saya.

"Macam-macam lagi saya pesan kepada isteri. Ia seperti sampai tahap nak tinggalkan wasiat kepada dia (isteri) sebab rasa sangat takut," katanya kepada mStar.




Tambah Dazrin, pada awalnya dia enggan melakukan pembedahan kerana berpendapat penyakit itu mampu diredakan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Bagaimanapun setelah mendapatkan nasihat doktor dan keluarga, dia akhirnya akur melakukan pembedahan tersebut di salah sebuah hospital swasta.



"Bila jumpa doktor, dia kata hidung saya dah bengkak sebab itu susah untuk bernafas. Doktor kata kalau tidak dirawat ia boleh menjadi semakin teruk," ujarnya.

Sebelum itu, Dazrin membuat satu hantaran di Instagram memaklumkan dia selesai menjalani pembedahan pada bahagian hidung.


Pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatannya.

"Untuk perkembangan semua, pembedahan yang dilakukan berjalan dengan baik. Alhamdulillah,," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 7-11-2023 05:25 PM
Ohhh dia ni dah kahwin rupanya..hengatkan blum lagi
Quote Orangkaya99 7-11-2023 05:38 PM
bagus dazrin ni.. rajin sgt cari duit... suke tgk die jual karpet al aqsa tu.. wlpn xberlakon, tp die cari jgk rezeki mane2.. good job!
Quote sleepandream 7-11-2023 05:56 PM
heols jumpa ENT specialist la khen...
bahaya jugak sinus ni yachhh
Quote 3chanceno 7-11-2023 06:10 PM
Semuga cepat sembuh.
Quote supernaturalee 7-11-2023 06:31 PM
termencarut lps tgk gmbr ke 3 yg close up tu
yihhh
Quote Thunderclouds 7-11-2023 07:06 PM
Tuuu... Gauze yg kt luor.
Yg kt dlm idong lagiiiiii byk panjang bjela..
Sampai otak gamaknye depa p sumbat
Quote krustykrab 7-11-2023 07:08 PM
Kau wasiat la mcn mana pun or bg pin no semua kad atm kt bini kau, tetap la nnt rete ko tu kena faraid kalau ko mati.
Quote dekmieDandy 8-11-2023 09:43 AM
baru nampak kat tiktok, ada husband dia kena brain infection, sebab sinus ni

resdung dia kena infection, and since dekat dengan otak, dah merebak sampai otak

kesian betul
Quote sleepandream 8-11-2023 11:44 AM
krustykrab replied at 7-11-2023 07:08 PM
Kau wasiat la mcn mana pun or bg pin no semua kad atm kt bini kau, tetap la nnt rete ko tu kena fara ...

rasanya dia bg in case ada complication masa surgery ke apa worst case koma or hilang upaya kekal nak pakai duit banyak tu heols bagi siap2...
unless heols guna medical card la
Quote A-Are 8-11-2023 11:45 AM
bahaya rupanya sinus ni...
Quote makadek 8-11-2023 03:07 PM
8k aku buat nose job kes samaaaa
Quote silampumeja 8-11-2023 03:36 PM
Orangkaya99 replied at 7-11-2023 09:38 AM
bagus dazrin ni.. rajin sgt cari duit... suke tgk die jual karpet al aqsa tu.. wlpn xberlakon, tp di ...

Ha ah kan... Dia rajin. Walaupun tak berlakon tapi dia guna cnection dgn industri untuk krja
Quote mawarputih2612 8-11-2023 03:49 PM
anak kawan aku buat operate ni jgk tp tak hilang jgk sinus tu.
bdk ofis aku ni ada operate jgk, ok pulak.
lain2 org kot ehh
Quote _kelly 8-11-2023 03:54 PM
makadek replied at 8-11-2023 03:07 PM
8k aku buat nose job kes samaaaa


kenalan iols kena 23k..sinus dia teruk jugak sampai dah merebak ke mata

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.049253 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top