Jakarta: Indonesia semalam menolak dakwaan Israel yang menuduh hospital yang dibina di Gaza yang menggunakan dana dari negara ini dijadikan sebagai kubu Hamas.
“Hospital Indonesia di Gaza dibina sepenuhnya untuk tujuan kemanusiaan dan menyediakan perkhidmatan perubatan untuk penduduk Gaza,” menurut kenyataan Kementerian Luar Indonesia. Kenyataan itu dibuat sehari selepas jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari menuduh hospital berkenaan dibina di atas rangkaian terowong bawah tanah Hamas.
Hagari juga mendakwa Hamas menggunakan kawasan berhampiran hospital itu sebagai tapak melancarkan roket ke Israel.
“IDF sudah mengenal pasti tapak pelancaran roket Hamas yang terletak berhampiran hospital tersebut.
“Jadi, itu sudah menunjukkan kenapa ada hospital di kawasan berkenaan,” katanya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT