Kontroversi rumah tangga pempengaruh terkenal yang juga suami Tash Yong, Boss Kay dan bekas isteri, Cik Pia sering menjadi perhatian warganet Baru0baru ini Cik Pia menerusi satu sesi siaran langsung di media sosial meluahkan rasa kecewa dengan bekas suaminya yang dikatakan enggan membayar nafkah.
Cik Pia atau nama sebenarnya Nur Sufia Johari tidak puas hati dengan bekas suaminya yang dilihat hidup ‘bermewah’ tetapi tidak memberi nafkah anak-anak dengan alasan ‘tidak mampu’. "Tak mampu nak bagi anak nafkah tapi makan dekat restoran mewah. Makan lobster beb, buat live satu dunia nampak kau makan lobster. Malu lah. Kau cakap dalam mahkamah kau tak mampu bagi nafkah sedangkan kau baru balik dari Thailand. Aku sakit hati tengok. Cik Pia berkata membesarkan anak-anak sendirian bukanlah perkara yang mudah. Pelbagai usaha yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bergelar ibu tunggal demi menyara kehidupannya dan anak-anak.
"Walaupun kita ada adik-beradik, mak ayah tapi mereka pun ada keluarga. Kita tak boleh mengharapkan orang luar. Kalau adik-beradik kita bagi, Alhamdulillah. "Tapi kalau adik-beradik kita pun susah, tak akan kita nak mengharapkan adik-beradik kita. Takkan kita nak harapkan belas ehsan jadi kita sendiri kena usaha." Dalam masa yang sama Cik Pia berharap agar para wanita yang melalui nasib yang sama dengannya diberi kekuatan untuk menempuhi kehidupan malah mendapat pembelaan oleh pihak yang bertanggungjawab. Sekadar info, Boss Kay pernah mendirikan rumah tangga bersama Nooraini Noni dan Cik Pia. Hasil perkahwinan tersebut, Boss Kay dikurniakan empat orang cahaya mata namun perkahwinan kedua-duanya berakhir pada Mac lalu. -CARI
|
maroon_nerd replied at 7-11-2023 08:26 PM
Dekat mahkamah kata tak mampu la apa la. Pastu bermewah2. Mahkamah memang tak check dulu ke gaya hid ...
NazRysha replied at 8-11-2023 07:59 AM
Padan muka betina ni
Laki baru aman2 je
Dia ni saiko
NazRysha replied at 8-11-2023 07:59 AM
Padan muka betina ni
Laki baru aman2 je
Dia ni saiko
NazRysha replied at 8-11-2023 07:59 AM
Padan muka betina ni
Laki baru aman2 je
Dia ni saiko
krustykrab replied at 7-11-2023 06:26 PM
Hantar anak2 tu ke rumah bapaknya
azimodin replied at 7-11-2023 11:28 PM
Dah banyak kali iouls cakap, mahkamah syariah sepatutnya strict lebih2 dalam bab nafkah anak2 & keba ...
ADVERTISEMENT