Pengurus Khai Bahar, Jai memaklumkan penyanyi itu masih ditahan di wad dan disahkan mengalami jangkitan demam viral. Kata Jai, Khai mula menunjukkan simptom demam dan menggigil badan selepas selesai membuat persembahan di Istana Budaya pada malam Ahad.
"Khai masih lagi dirawat di hospital untuk hari ini saya masih lagi menunggu update daripada doktor. Tapi Alhamdulillah setakat ini saya lihat keadaanya semakin baik. "Demam viral yang dihidapi Khai ini disahkan pada pagi Isnin... selepas habis membuat persembahan di Istana Budaya, Khai menggigil dan kami terus bawanya ke hospital," katanya kepada mStar.
|
amyfaha replied at 8-11-2023 06:37 AM
Iolsss syak ni semua MO utk batal concert sbb tiket x laku gitewww. Mcm ramai yekkk artis guna MO yg ...
ashilalat: Tak laku ke konsertnya? Ingatkan dia ni ramai pentaksub di luar forum cari?
ADVERTISEMENT