CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Didakwa Curi Mangkuk Tandas Bersalut Emas

7-11-2023 02:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2276| Komen: 4

London: Empat lelaki didakwa bagi pertuduhan mencuri mangkuk tandas bersalut emas 18 karat seberat 25 kilogram dari Istana Blenheim di  Britain pada 2019, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.


Michael Jones, 38 dan James Sheen, 39, berdepan pertuduhan pecah rumah, manakala Fred Doe, 35 dan Bora Guccuk, 39, dituduh bersubahat memindahkan harta jenayah.


Keempat-empat mereka dijangka dihadapkan di  hadapan majistret Oxford pada 28 November ini.

Tandas tersebut ketika dicuri,  merupakan sebahagian daripada pameran oleh artis seni konsep dari Itali, Maurizio Cattelan. Ia dikatakan bernilai  £4.8 juta (RM27.6 juta).

Ia boleh digunakan untuk tujuan membuang air, namun dihadkan penggunaan selama tiga minit bagi mengelakkan pengunjung berbaris panjang. – AGENSI 


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 7-11-2023 03:15 PM
Hina nya emas tu ko buat jadi mangkuk tandas je
Quote Rdizz 7-11-2023 05:35 PM
eeee.. walaupun emas, tak sanggup nk pegang apa lagi buat brg pakai di badan, bekas org melabor
Quote _blackbird 7-11-2023 08:31 PM
Btw, iainya plated gold bukan solid gold pon. Mungkin la kalau ada peminat art tandas beriya nak beli black market boleh la jual. Kalau nak pajak mmg tak laku. Plated gold ni kuantiti emas nya 1% ja pon

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.038863 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top