Janna Nick yang memuat naik video memaparkan suaminya, Dini Schatzmann sedang membuat kerja rumah. Dini dilihat sedang mengemop lantai dan membersihkan habuk di persekitaran dalam rumah dan permukaan sofa guna vacuum.
Janna juga memuji suaminya rajin membantu mengemas rumah mereka. “Puji lagi kang takut dia kata kita tak nampak dia buat kerja,” tulis Janna di ruangan kapsyen. Di ruangan komen, rata-rata netizen berkata Janna beruntung kerana mendapat seorang suami yang bukan sahaja kacak, malah rajin mengemas rumah. Malah, netizen turut melabel Dini sebagai seorang suami yang ‘limited’.
|
anony-mous: Kenapa ada org suka tayang mcm ni? Mcm proud gitu dpt laki househusband? Xmalu ke? Tayang hrta , tayang laki
ADVERTISEMENT