CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amyra Rosli Dah Tak Kejar Glamour- Duit Bukan Nombor Satu, Hanya Kerja Sebab Minat

7-11-2023 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2537| Komen: 3

Nama Amyra Rosli melonjak selepas Drama Nur.

Kini Amyra semakin cenderung dengan karier sebagai pengacara Nona sejak dua tahun lalu yang melayakkannya memenangi trofi Hos TV Paling Dipercayai pada Anugerah Malaysia Reader's Digest 2023, Jun lalu.


Difahamkan, ia kemenangan dua kali berturut-turut diraih Amyra pada anugerah anjuran majalah antarabangsa itu, sekali gus berjaya menepis kritikan-kritikan kurang enak netizen yang pernah diterima sebelum ini.

Foto: IG

Amyra  kata dia akan tetap meneruskan karier lakonan kerana minat, tapi bergantung pada jalan cerita dan watak sesuai yang diterima kerana mementingkan naskhah berkualiti.

"Saya tak terfikir pun akan meninggalkan karier lakonan. Cuma, sekarang saya akui memilih sedikit dari segi jalan cerita dan watak. Saya tidak kisah ia watak utama atau pembantu, cuma asalkan sesuai saja.

"Kalau dulu, saya okay melakonkan watak yang sama, tapi sekarang tak lagi. Pada saya, tidak perlu hanya untuk keluar TV dengan watak sama dan sekali-sekali saja muncul pun memadai dengan naskhah drama berkualiti," katanya.

Menurut Amyra, kini dia lebih selesa bekerja kerana minat dan bukan untuk mengejar populariti.



Ujarnya, populariti dah tak tahu nombor berapa, termasuk duit juga tidak diletakkannya sebagai nombor satu.

"Kalau dulu, sebelum kahwin saya rela kerja (berlakon) 'back to back', tapi sekarang populariti dah tak tahu nombor berapa, duit pun saya tak letak nombor satu. Sebab saya sedar hanya nak ambil naskhah berkualiti.

"Apatah lagi, saya suka bawa anak berjalan-jalan kerana itulah 'me time' saya yang sebenar. Jadi, sekarang memang boleh dikatakan saya terus bekerja kerana minat dan bukan untuk mengejar populariti," katanya.



Terdahulu, Amyra juga anak sulung daripada empat beradik bertemu jodoh dengan pelakon Amar Baharin, 38, pada 2016 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 6, dan Ayra Aryssa, 3.

"Selain bekerja, saya amat sibuk menguruskan anak-anak yang memang saya nak buat sendiri sebab dapat tengok mereka membesar depan mata. Saya dan Amar, kami selalunya akan bergilir-gilir.

"Kalau Amar sibuk 'shooting' drama, saya yang urus anak dan tidak akan ambil tawaran berlakon. Tapi, apabila Amar dah selesaikan semua aktiviti penggambarannya, barulah saya pula akan masuk set lakonan.

"Saya cuba pastikan urusan karier, rumah tangga dan anak-anak seimbang, sebab itu adalah keutamaan. Saya pun keluar hanya untuk bekerja dan selepas selesai, terus balik ke rumah. Masa saya 'lepak' dengan kawan-kawan boleh dikira, setahun mungkin sekali," katanya.


Amyra berkata, sebagai ibu yang bekerja, dia memang mahu ada banyak masa dengan anak-anak, sebagaimana pernah dilakukan dahulu oleh ibunya, Noor Zaridah Ahmad yang sentiasa ada bersama mereka adik-beradik pada setiap waktu.

"Masa saya memang banyak dengan anak-anak walaupun tak ada 'shooting'. Boleh dikata, 'me time' saya suka bawa anak bersiar-siar dan bercuti. Kalau nak 'manjakan diri' di spa kecantikan, belum tentu saya buat seminggu atau sebulan sekali.



"Pada saya, anak-anak lebih penting sebab masa tengok mereka membesar sekali seumur hidup. Setiap waktu yang dah berlalu itu, tidak akan berulang. Jadi, saya tak mahu terlepas kenangan-kenangan indah dalam hidup," katanya.

Bagi mengubati kerinduan peminat terhadap lakonannya, Amyra muncul membintangi drama pendek, Falah yang berdurasi lima minit bersama suami, Amar terbitan TV AlHijrah (TVAH) arahan Amirul Haswendy Ashari, baru-baru ini. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 7-11-2023 12:59 PM
elok la bersara dia ni muka bosan
Quote missyL 7-11-2023 08:02 PM
Lawa die nie
Mcm syg nikah ngn amal tu je
Bole tangkap jerung kot
Tp ye la maybe cinta kan
Quote jambatannetizen 7-11-2023 08:08 PM
Dia ini species macam Hannah Delisha. Konon tak kerja harta lah apa. Rugi oiii. Muka lawa tak guna sehabis baik. Tak payah nak jadi perempuan lindungan sangat aishh.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.050924 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top