Pelakon Wafariena mengakui sedang dalam fasa mengenali hati budi seorang ahli perniagaan. Bagaimanapun, kata aktres itu, masih terlalu awal untuk berkongsi butiran mengenai individu itu.
Dia hanya akan berkongsi wajah dan maklumat jejaka itu apabila mereka sepakat untuk membawa hubungan itu ke fasa seterusnya. "Apabila dah nak kahwin baru saya akan kongsikan kepada umum. "Buat masa ini, saya tak dapat nak kongsikan jejaka yang sedang saya kenali ini. "Cuma kami sudah berkawan lebih setahun dan masing-masing serius dengan hubungan ini," katanya. Ditanya adakah majlis pernikahan dengan jejaka itu bakal berlangsung dalam waktu terdekat, Wafariena menafikan perkara itu. "Sasaran untuk berkahwin itu belum ada lagi. Saya serahkan soal jodoh dan takdir kepada Tuhan. "Jujurnya saya agak kekok untuk berkongsi hal peribadi kepada umum, cukuplah setakat ini sahaja," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT