CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Beri Seratus Peratus Keuntungan? Ada Ke Orang Nak Buat Macam Itu? Fazura Pelik, Tak Nak Keluarkan Tudung Tema Palestin

7-11-2023 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5739| Komen: 23

Fazura menolak untuk menghasilkan tudung bertemakan Palestin  walaupun mendapat permintaan daripada peminat.

Katanya penghasilan tudung sebegitu bertentangan dengan prinsipnya sebagai seorang usahawan.


Sebagai pengusaha tudung, dia juga berpendapat agak mustahil untuk mendermakan keseluruhan keuntungan jualan produknya kepada masyarakat di negara berkenaan.

Foto: IG

"Saya menolak untuk menjual tudung bertemakan Palestin. Ini sekadar pendapat saya sahaja... saya bukan menghakimi sesiapa tapi saya rasa ia pelik sebenarnya.

"Boleh sahaja saya nak keluarkan tudung-tudung Palestin itu semua tapi kalau nak beri seratus peratus keuntungan itu... ada ke orang nak buat macam itu?

"Kita tetap kena keluarkan modal dan sebagainya. Bagi saya sebagai pengusaha mesti ada keuntungan yang boleh kita perolehi.

"Lagi pun ia tidak selari dengan prinsip saya," katanya kepada mStar.




Kata Fazura dia ada cara tersendiri untuk mengenang pemergian pejuang-pejuang Palestin seperti meletakkan tema kepada tudung keluaran terbaharunya.

Malah dia memaklumkan ada memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin namun enggan berkongsi lanjut mengenai pemberiannya itu.



"Macam baru-baru ini saya keluarkan tudung bertemakan Raudhah kerana ingin mendedikasikan kepada para Shuhada kita yang ada di Palestin.

"Saya bayangkan mereka di taman-taman syurga, bunga itu melambangkan kedamaian dan kemuliaan. Cuma saya tak kongsikan perkara ini kepada umum.


"Tapi sumbangan lain saya kepada mereka tidak perlu disebutlah kerana itu antara saya dan Allah," katanya kepada mStar. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 7-11-2023 01:39 PM
Bukan ke klu dorg kata bagi 100% keuntungan tu bermaksud, dah tolak modal and all the costs (labour, material, marketing, logistic semua tu)?
Quote missHaidiD 7-11-2023 01:49 PM
Bgs faz tolak utk buat .kalau tak langau2 akn guna modal tu smpai ajm
Quote caramel_cloud9 7-11-2023 02:09 PM
missHaidiD replied at 7-11-2023 01:49 PM
Bgs faz tolak utk buat .kalau tak langau2 akn guna modal tu smpai ajm

Betul. Sedangkan guna tema bunga taman syurga pun ada yg menggelupur dok berzikir taman syurga taman syurga.. inikan laa kalau faz buat tema palestin. Jd bhn laaa lg utk orggile tu berzikir
Quote kucingitam 7-11-2023 02:28 PM
juma dulu keluarkan tudung palestin rega rm35 je tak salah aku..dapat kat reseller double drg jual..terpaling palestin.
Quote naina 7-11-2023 02:28 PM
Eloklah..tak perlu ambik kesempatan atas kesengsaraan orang lain..guna cara lain pun untung pe
Quote kalchi 7-11-2023 02:30 PM
Perawankota replied at 7-11-2023 01:39 PM
Bukan ke klu dorg kata bagi 100% keuntungan tu bermaksud, dah tolak modal and all the costs (labour, ...

Untuk tudung dia yg jual tak mahal sgt tu, brapa je la dia dpt las las. Jd betula la apa dia cakap tu. Lainla tudung tinvy yg cekik darah
Quote Perawankota 7-11-2023 06:46 PM
kalchi replied at 7-11-2023 02:30 PM
Untuk tudung dia yg jual tak mahal sgt tu, brapa je la dia dpt las las. Jd betula la apa dia cakap ...

Paham..      
Quote Piramida 7-11-2023 06:53 PM
Ada je kot org nak buat...
Maksudnya keuntungan tu ala2 disedekahkn dr pihak dia lah.
Ke tak?

Quote aemon 7-11-2023 07:59 PM
dia belum sampai tahap mcm mak gembo2 la nk mcm tu.
Quote sakurazura 7-11-2023 08:05 PM
Betul la tu. Kalau meniaga guna modal sendiri macam tak logik je nak bagi 100% keuntungan even dah tolak semua kos. Lain la kalau ada fund or grant.
Quote penmerah 7-11-2023 08:12 PM
Fazzy tak perlu buat tema palestin tapi entah2 puluh ribu ratus ribu dia dah derma
Knowing fazz she Dan hubby kalau buat kebajikan mmg depa tak canang
Quote Mekgadis16 7-11-2023 08:15 PM
Perawankota replied at 7-11-2023 01:39 PM
Bukan ke klu dorg kata bagi 100% keuntungan tu bermaksud, dah tolak modal and all the costs (labour, ...

Sepatutnya begitula. Sebab yang nak di donate tu 100% keuntungan bukan 100% jualan. Kalau 100% jualan tu yang tak make sense.
Quote Madel 7-11-2023 08:17 PM
Fesyen Faz makin lama dah mcm cewek negara konoha
Quote syamzana 7-11-2023 08:20 PM
biar ke dia la dah tanak buat, tak payah nak bising2.
iols pun taknak pakai tdg bendera palestin, jgn kan negara org, tdg bendera msia pun iols koser nak pakai.
Quote Nurul_007 7-11-2023 08:37 PM
Madel replied at 7-11-2023 08:17 PM
Fesyen Faz makin lama dah mcm cewek negara konoha

You.baju2 yg dia paki lately ni gift dri kwn2 dia kt indon tu so kena lh pakai dn up kat ig nanti kecik ati pula meka.same goes dgn retis papan kt sna pn up gift dri faz.sma2 give n take.faz klu fashion sndiri elok je contoh baju putih msa konsert tu tk pn msa dn mihas tu.cuma meols tk kenan cra tudung ntah lantak faz lh.haha
Quote missHaidiD 7-11-2023 08:44 PM
Madel replied at 7-11-2023 08:17 PM
Fesyen Faz makin lama dah mcm cewek negara konoha

Kwn2 kasi. Faz ada ckp kt live dia pakai baju  kwn2 indo sana kasi
Quote stingergrumpy 7-11-2023 08:56 PM
missHaidiD replied at 7-11-2023 08:44 PM
Kwn2 kasi. Faz ada ckp kt live dia pakai baju  kwn2 indo sana kasi

Aku dah cakap kheunz org sebelah sana will never want to lose out sebab iteww kalo ko nak ever cuba nasib penetrate market disana...kena jadi 'barua atau kow tow' pada dorang in one way or another..they cannot ever lose out to you....

Ko ingat theyols dapat tudung pemberian pazzpizzpuzz terus pakai iteww for nothing?...surely ada udang disebalik udon....so now everytime pazz dapat anything from them.they 'expect' return...ko kena pakai and be seen by them...

Tapi nak buat macam mana kheunz? Dah org kita desperado sangat nak cipta nama disana?

Nak respond?
Quote likilu 8-11-2023 10:55 AM
Piramida replied at 7-11-2023 06:53 PM
Ada je kot org nak buat...
Maksudnya keuntungan tu ala2 disedekahkn dr pihak dia lah.
Ke tak?

Ye, dulu gambar budak palestin kat spital ganbar gitu je

Sekarang gambar gambar palestin gaza boleh bubuh logo itik dia ha kan bijak disitu
Bukan duit berjuta je digerankan, kebijakan tu pun geran awak
Quote miemiecha 8-11-2023 04:50 PM
ok lah tu, dia menghargai pemberian org..
mek pun suka lau kawan2 pakai ape mek bg.. rasa di hargai..
pulak dia menege, mesti ade win2 stuation kan...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.048082 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top