Oleh Adib ZA Siapa sangka anjing ini sanggup berjalan 200 batu semata-mata mencari wanita yang pernah merawatnya suatu ketika dahulu. Kisah yang satu ini sememangnya menjadi viral di laman web dan menyentuh banyak jiwa di luar sana.
Anjing yang diberi nama Shavi, dirundum malang apabila telah dilanggar di suatu kawasan selatan Rusia oleh seorang pemandu yang tidak bertanggungjawab dan kejam. Terbiar di tepi jalan kerana kedua kakinya bukan sahaja cedera, malah patah akibat kemalangan itu. Namun, Shavi bernasib baik kerana masih ada manusia berhati suci dan sanggup mengambilnya. Mereka mengiklankan secara atas talian untuk sesiapa yang sanggup menjaga dan merawat anjing itu. Dalam berjuta-juta pengguna yang membacanya, hanya seorang yang menjawab iklan itu iaitu Nina Baranovskaya, 26.
Nina menjaga anjing ini sehinggalah kakinya pulih seperti sedia kala, mengajar arahan tertentu dan mengalihkan trauma yang dialami oleh Shavi. Sampai suatu masa, Nina terpaksa berpindah atas faktor komitmen terhadap keluarga dan anjing itu ditinggalkan bersama rakannya. Namun, hanya dalam beberapa hari sahaja, Shavi telah menghilangkan diri dan sehingga 2 minggu lamanya ia tidak muncul-muncul. Ini menyebabkan Nina berasa sangat bimbang tentang keselamatan anjing 'angkat'nya itu. Sehingga suatu hari, ketika berada di atas jalan raya, Nina didatangi anjing dan dia berasa sangat terkejut kerana anjing itu merupakan Shavi yang berjalan 200 batu untuk mencarinya! Perjalanan Shavi si anjing itu sangat membuka mata masyarakat tentang makna kasih sayang dan menafikan pepatah 'bagai kacang lupakan kulit.' Bayangkan jika seekor haiwan sangat setia dan tidak pernah melupakan budi seseorang kepadanya, inikan pula manusia. Kisah bagaimana anak-anak melawan dan berlaku biadap kepada ibu bapa misalnya, sudah cukup melukakan hati. Ada yang sanggup lari dari rumah demi kekasih dan melupakan orang tua seperti mereka tiada apa-apa erti. Kisah Shavi yang berjalan 200 batu ini juga membuktikan, apa jua halangan dapat ditempuhi jika ada kemahuan yang kuat dan mendalam. Meneladani kisah daripada haiwan, tiada salahnya, bukan? - CARI Infonet |
15
Bagus |
12
Marah |
28
Terkejut |
12
Sedih |
20
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT