Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan dia tidak pernah melabelkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara.
Pemilik nama sebenar, Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berkata dia tidak menganggap gelaran atau ‘title’ sebagai perkara yang penting.
Sebaliknya membuatkan peminat berpuas hati dengan persembahan serta kualiti kerja yang dipamerkan adalah perkara yang lebih utama.
"Dalam diri saya tidak pernah pun nak tempatkan diri saya di tangga pertama dan tidak penting pun.
"Bagi saya, kerja keras, kerja yang berkualiti, peminat berpuas hati dan saya buat orang bahagia itu adalah perkara yang lebih menggembirakan saya," katanya.
Siti berkongsi mengenai perkara itu dalam satu temu bual bersama media Singapura baru-baru ini.
Dalam masa sama, pelantun lagu Cindai itu berkata, mana-mana penyanyi boleh berada pada tahap yang mereka inginkan dengan pencapaian dan bakat yang dimiliki.
"Saya akui saya tidak belajar muzik dan vokal, tak pandai main alat muzik, saya ada rythm dalam diri saya.
"Aina Abdul, Ernie Zakri, Nadeera Zaini, saya memang kagum dengan kebolehan mereka sebab mereka memang belajar (muzik).
"Sekarang ini sesiapa sahaja boleh berada di tahap yang mereka mahukan. Sama ada nombor satu atau sebagainya," ujarnya.
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila timbul dakwaan mengatakan peminat Aina Abdul mahukan ‘takhta’ penyanyi nombor satu diberikan kepada penyanyi itu yang sebelum ini dipegang oleh Siti Nurhaliza.
Sumber: Oh Bulan, Mediacorp Singapura
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|