CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

46 Struktur Penjaja Haram Di PPR Seri Pantai Dirobohkan

6-11-2023 10:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1227| Komen: 3

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) robohkan 46 struktur penjaja haram di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai pada Rabu lalu.

DBKL dalam kenyataan berkata, usaha bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Bhd (TNB) serta Air Selangor itu adalah satu usaha menyusun semula penjaja di ibu kota, khususnya di kawasan Perumahan Awam (PA) dan PPR.



"Notis pemakluman 14 hari dikeluarkan pada 16 Oktober kepada penjaja yang terbabit bagi membolehkan mereka membuat persiapan mengosongkan tapak serta peralatan mereka sebelum kerja perobohan dilaksanakan.

"Selain itu, DBKL juga sudah mengadakan sesi libat urus lebih awal bersama penjaja terbabit bermula April lalu. Berdasarkan sesi libat urus berkenaan, kesepakatan dicapai berkenaan penempatan semula serta pemindahan penjaja di beberapa lokasi baharu," katanya.

Antara lokasi baru adalah di Medan Selera Tempat Letak Kereta PPR Seri Pantai, Bazaria Pantai, Medan Selera Seri Pantai dan unit kedai di kawasan perumahan.


DBKL akan terus komited untuk menyusun semula penjaja di Kuala Lumpur dengan mengenal pasti lokasi bersesuaian dengan konsep penjajaan yang teratur dan bersih.

"Ianya sejajar dengan matlamat ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu mewujudkan persekitaran serta peluang lebih baik buat penjaja di Kuala Lumpur," katanya.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apalancut 7-11-2023 12:49 AM
roboh je. buat pusat penjaja macam singapore. nanti nak rush pon senang.
Quote Sazreena 7-11-2023 02:44 AM
Finally..next aku tunggu area Sri Sentosa & Sri Manja lak...penuh ngan pendatang haram..kedai acheh jgn cakaplah.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.057313 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top