CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kritik Arab Saudi Umpama Dunia Akhir Zaman Benarkan Pelacuran Dan Jual Arak, Rakyat Malaysia Kena Pecat Dan Ditahan Pihak Berkuasa

6-11-2023 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4157| Komen: 37

Seorang individu yang berdakwah menerusi media sosial, Ustaz Ad-Dien mendedahkan seorang rakyat Malaysia yang kini sedang ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi gara-gara mengkritik negara itu menerusi media sosial.


Di laman X, Ustaz Ad-Dien turut membuat pautan kepada akaun rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Wisma Putra untuk memaklumkan dan meminta bantuan mereka untuk campur tangan dan membantu berkaitan kes ini.

Gambar Hiasan

"Tuan Saifuddin Amri, rakyat Malaysia kita ditahan/di penjara di Arab Saudi sekarang. Mohon bantuan kerajaan untuk berunding atau bantu apa yang patut.

"Setidaknya bawa pulang beliau sekeluarga dengan selamat. Tolong @anwaribrahim, @MalaysiaMFA, @ZambryOfficial," ciap Ustaz Ad-Dien kepada hampir 80,000 pengikutnya.

Sebelum tular hantaran di laman X dipercayai dibuat oleh individu yang bekerja di negara berkenaan bernama Saifuddin Amri mengkritik kerajaan Arab Saudi.





Dalam ciapan itu, dia menyifatkan Arab Saudi seperti dunia akhir zaman yang mana gejala pelacuran dan penjualan arak turut berlaku dalam pasaran gelap berdasarkan kepada pemerhatiannya sejak bekerja di negara berkenaan.

Dia juga mendakwa kebanyakan ustaz di negara itu merupakan golongan Madkhalis iaitu taat kepada pemerintah tanpa mengira ia adil atau zalim, baik atau buruk.

Tangkap layar ciapan Saifuddin Amri turut dikongsi oleh Ustaz Ad-Dien, namun ia telah dipadam atas permintaan keluarga Saifuddin.

"Saya padam tweet ini atas permintaan ahli keluarga beliau. Beliau ditahan oleh kerajaan Saudi sejak semalam (Ahad). Mohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia supaya beliau sekeluarga dibebaskan segera, selamat dan dapat pulang dengan aman. Mohon doakan tuan Saifuddin Amri sekeluarga," ujar Ustaz Ad-Dien lagi.

Terdahulu, turut tersebar satu hantaran di laman X yang mendakwa warga Malaysia itu ditamatkan khidmatnya sebagai sub kontraktor kerana kelantangannya bersuara dan mengkritik tentang pemerintahan kerajaan Arab Saudi di media sosial.

Pihak berkuasa negara itu mengamalkan peraturan dengan melarang mana-mana pihak agar tidak mengkritik kepimpinan kerajaan kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan.

Sebelum ini Mahkamah Rayuan Arab Saudi telah menjatuhi hukuman penjara 10 tahun keatas bekas imam Masjidil Haram dan pendakwah terkemuka , Sheikh Saleh Al Talib selepas didakwa menyampaikan khutbah yang mengkritik dan mengecam konsert serta acara hiburan yang diperkenalkan di negara itu kerana ia menyimpang daripada norma agama dan budaya mereka. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adiksha 6-11-2023 02:56 PM
aku nak tulis..
tapi xpela, aku pendamkan je
Quote Firenzza 6-11-2023 03:25 PM
Kena caj 3r ke?
Quote Antifake 6-11-2023 03:48 PM
Duduk negara orang diam2 kan aje. Ni ko dah lantang bersuara. Kalau balik Malaysia ko nak bising x pelah gak. Sah2 payah nak keluarkan nanti.
Quote Thunderclouds 6-11-2023 04:13 PM
No komen.
Kalo ko level kalis undang² xpa la jugak nk merentan mcm tuh.
Ini... Hmm...
Quote kelapaparut 6-11-2023 04:19 PM
tuang periuk nasi dlm pasir sendiri, skrg ko xde keje masuk lokap anak bini ko nak mkn ape. Lenkali ikut je kiteorg kat msia ni mengangguk2 je ape kjaan beritau jgn berlawan jgn tunjuk hero.
Quote AbukRokok 6-11-2023 04:29 PM
ko xkne penggal dah ckup baik mcm ulama syiah dan yg kritik putera mahkota buat projek avant garde
Quote beautifulorchid 6-11-2023 05:14 PM
Kawan aku arab cakap (bukan duduk saudi) rata rata org lelaki yang g umrah akan di approach oleh wanita saudi untuk beromen (depa cari org yang pandai cakap arab) bayar atau tidak...dapat duit depa lagi suka.. diorang akan di approach di mall.. kat luar kawasan madinah n mekah lagi hebat pelawaan wanita saudi ni
Quote Skuau 6-11-2023 06:19 PM
bukan atok,nenek dh pesan...pi tmpat orng:
-msk kandang kambing mengembek,msk kandang kobau menguak
-di mana bumi dipijak...di situ pangit dijunjung
                        
Quote mojarean_X 6-11-2023 06:22 PM
Edited by mojarean_X at 6-11-2023 06:24 PM

Tiba2 iols rasa bang non jauh lg baik dari MBS
Quote Decaffeinated 6-11-2023 06:39 PM
turut tersebar satu hantaran di laman X yang mendakwa warga Malaysia itu ditamatkan khidmatnya sebagai sub kontraktor kerana kelantangannya bersuara dan mengkritik

ko pergi sana nak cari makan ka nak ubah negara orang cer citer
Quote penmerah 6-11-2023 06:46 PM
Decaffeinated replied at 6-11-2023 06:39 PM
ko pergi sana nak cari makan ka nak ubah negara orang cer citer

Ini yg sebenarnya bang
Sila sedar diri cari rezeki kat tempat org
Nkorang bukan sesapa pun
Quote krustykrab 6-11-2023 07:12 PM
Teringat bangla yg kutuk malaysia ka melayu ari tu..tak padan merempat kat negara org ada hati nk kutuk tuantanah
Apa ek jadi kat bangla ni? Ke gomen kita sayu tgk bangla tu dan lepaskn je
Quote cmf_premierleag 6-11-2023 07:16 PM
Padan muka...ni mesti spesis duk sembah tok ereb bagai kan..pastu duk bangga2 keje saudi takyah bayar tax bagai
Ujung2 terciduk dlm jel
Quote _kelly 6-11-2023 07:21 PM
padan muka? kau tu bilis buat cara bilis, pergi negara orang yang baik ikut, yang tak baik tinggalkan..yang pandai sangat duk review dah kenapa
Quote kitmal 6-11-2023 07:25 PM
kat mana mana negara pun memang rakyat asing tak sepatutnya mengkritik  negara mereka duduk...bukan saja arab saudi..jiran kita thailand pun sama..cuma mungkin hukuman berbeza...nasibla
Quote asamfish 6-11-2023 07:26 PM
nak sgt jadi pejuang kan!  rasalah!  takkan nkau taktau etika2 dan undang2 negara yang nkau bermastautin....ignorant sgt nkau kan!  ke nkau nak tunjuk keras kepala?  
Quote sharlenetexas 6-11-2023 07:31 PM
Market baru para ca#l girl.

Quote sharlenetexas 6-11-2023 07:32 PM
beautifulorchid replied at 6-11-2023 05:14 PM
Kawan aku arab cakap (bukan duduk saudi) rata rata org lelaki yang g umrah akan di approach oleh wan ...

Dosa pahala bersilih ganti.

Quote miss_white 6-11-2023 07:38 PM
Skuau replied at 6-11-2023 11:19 AM
bukan atok,nenek dh pesan...pi tmpat orng:
-msk kandang kambing mengembek,msk kandang kobau menguak
...

Aahh sudahh
Itu uols punya bangla masuk malaysia
Siap sound ketuan melayu tu kenapa
Xreti bawa diri ke dtg negara org
Atok nenek mak pak depa xpesan ke
Bodoh punya orang xtahu adab
Polis xkutip dia kah

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.039645 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top