Adik lelaki Shila Amzah, Amir Syafiq katanya sekarang ini sesak duit dan seolah-olah ‘menagih’ meminjam wang dari rakan selepas keluar daripada kediaman Banglo di Hulu Langat bersama ibu dan adik-beradik.
Perkara tersebut didedahkan oleh bekas isterinya, Nurul Anis Waheeda menerusi tangkapan skrin di Instagram Story (IGs) memaparkan perbualan WhatsApp Syafiq bersama rakan mereka. Difahamkan Syafiq menceritakan konflik berlaku antara dia dan Shila yang ‘bertegas’ mahu ‘menghalau’ mereka dari kediaaman tersebut. Syafiq juga menganggap perbuatan Shila itu sebagai satu perkara yang sangat kejam. Namun Anis menyelar tindakan Syafiq itu yang menggunakan nama kakaknya untuk meraih simpati. “Apa ni bro? Sana sini masih nak meminjam ni… tolong la ada perasaan malu tu, tanya pada diri sendiri kenapa kau jadi macam ni. “Kat sini point kau jadikan kakak kau pulak tempat kau meraih simpati minta tolong. Kau pergi cari kerja tetap yang boleh dapat gaji bulanan untuk kau. “Pergi lah buat kerja halal, dapat gaji bagi mak sikit. Nafkah anak jangan lupa baru berkat. Hope orang-orang yang dia nak meminjam tu jangan terpedaya. “Jangan cakap aku pemfitnah lagi,” tulisnya dalam foto berkenaan. Sebelum ini, konflik keluarga Shila Amzah menjadi buah mulut ramai selepas adiknya, Syada Amzah mendedahkan mereka sekeluarga dihalau daripada kediaman Banglo itu seperti anjing. Shila bagaimanapun menafikan dakwaan menghalau namun ingin memberi kediaman baharu yang lebih selesa buat ibunya, Fauziah Sarman. -CARI |
JunkMail replied at 6-11-2023 03:25 PM
Dah freelance tu kau bersopan santun je lah dgn akak kau tu...lagi nak melawan bewak dgn pemberi naf ...
harkktuih replied at 6-11-2023 03:42 PM
bukan katanya cadar dalam bank akaun lebat?apsal x mintak kat adiknya tu?
AbukRokok replied at 6-11-2023 04:32 PM
capik belakang sikit
ADVERTISEMENT