Seorang individu menjadi perhatian selepas meluahkan apa yang terbuku di hatinya apabila melihat rakan-rakan 'sakan' memuat naik percutian masing-masing. "Normal ke kadang rasa down bila tengok manusia-manusia di Instagram travel sana sini dan happy family. Nampak perfect.
"Rasa dengki pun ada tapi cepat-cepat buang. Kadang rasa diaorang ni nak show off ke?" tulisnya di laman sosial. Dia turut terfikir apakah mereka tidak rasa bersalah atau memikirkan perasaan pelayar lain yang mungkin kurang berkemampuan, sebelum membuat perkongsian. "Ramai ke rasa macam saya? Yang buat posting tak guilty ke buat orang lain macam ni?" tulisnya lagi. Luahan tersebut dihantar menerusi Direct Message yang kemudian dikongsi oleh pemilik akaun @abudialsagoff di laman X. Ternyata ia mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya menyifatkan individu berkenaan mempunyai 'masalah hati' kerana cemburu dengan kehidupan orang lain. Malah mereka turut menasihatkan individu berkenaan agar memperbaiki sikap negatif dalam diri yang boleh mengundang dosa tanpa sedar. "Jangan main media sosial. Mental anda tak sesuai. "Saya buat Instagram untuk close family je dan jika pergi cuti-cuti post dalam tu je. Instagram sendiri post story yang random je. Takut ada yang dengki sedangkan kita sikit pun tak dengki dengan kehidupan orang lain. "Nak upload pun kena fikirkan perasaan orang lain pula ke? "Tak normal, kau tu yang patut baiki hati, mungkin hati hitam atau kau kena upgrade kehidupan dengan melakukan sesuatu yang lebih baik sebagai permulaan," demikian ujar netizen. -CARI Sumber: mStar
|
Thunderclouds replied at 6-11-2023 03:33 AM
Aku honestly rasa menyampah, dengki pn ada.
Seriously.
Mixed feelings.
BoongaKertas replied at 6-11-2023 11:48 AM
kiranya space chuols dlm socmed tu kosong lah eh? bagusnya chuols. iols tgh berusaha gak ni nak ku ...
kalchi replied at 6-11-2023 12:05 PM
Rs mcm wah untungla dia, mcmtu normal. Bukan manusia la kalau ko tak rs gitu. Tapi jgn sampai mempen ...
ADVERTISEMENT