CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Amirreka Bukan Amerika' - Amir Raja Lawak

5-11-2023 11:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3137| Komen: 16

Pelawak Amir Raja Lawak, 34, meluahkan rasa bimbang apabila seorang pengguna media sosial menyarankan agar perniagaan air jagungnya diboikot gara-gara ada nama salah faham dengan nama samaran 'Amirreka'.


Kata Amir, dia berharap agar orang ramai tidak keliru bahawa nama samaran yang digunakannya tidak ada kaitan sama sekali dengan negara Amerika Syarikat.


"Saya terkejut dan risau juga pada mulanya dengan komen itu. Apatah lagi, situasi sekarang orang bersemangat sangat nak boikot produk. Tapi, tiba-tiba produk saya pula nak kena boikot sedangkan semua bahan diguna produk tempatan saja.

"Jadi, saya mohon maaf andai ada yang keliru. Bagaimanapun, syukur Alhamdulillah bisnes belum lagi terjejas. Cuma, risau jika orang lain ada berfikiran sama dengan individu yang komen itu dan ia sudah saya jelaskan pada hantaran di Instagram.

"Saya ini berniaga kecil-kecilan. Kalau boikot, macam mana saya nak bisnes. Saya juga ada ejen-ejen, lagi la risau kalau mereka (ejen) pun terkena tempias. Ditambah, dengan cara ini saya dapat berkongsi rezeki bersama orang lain," katanya kepada Harian Metro.


Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi berkata, kebanyakan daripada ejen terbabit itu, masing-masing ada keluarga dan semuanya gigih mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.


"Apa yang saya boleh kata, ada saja komen-komen nakal yang lain. Tapi, biasanya saya buat tak tahu saja. Namun, yang ini (berkaitan boikot) saya terpanggil untuk perjelaskan supaya ramai orang tidak salah anggap.

"Alhamdulillah ramai yang memahami 'nickname' saya Amirreka itu, sampai ada yang cadangkan tukar 'nickname' pakai Amirgaza ataupun Amirpalestin supaya orang yang kurang faham itu puas hati," katanya.

Menurut Amir, dia berharap semua orang jelas yang 'Amirreka ialah amir-reka ( Amir yang reka ) bukannya Amerika kerana 'nickname' itu sinonim dengannya selain Amir Raja Lawak dan Amir I'm Sorry.

"Apapun, saya tetap nak ingatkan supaya kita semua jangan putus berdoa buat saudara kita di Palestin kerana sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mukmin," katanya.

Terdahulu, Amir berkongsi satu komen netizen di Instagram miliknya yang minta boikot air jagung 'Amerika' kerana mendakwa orang sangat benci nama digunakan.

Difahamkan kini wujud kempen boikot produk tertentu di negara ini kerana berkaitan dengan Israel yang juga menjadi salah satu solidariti Palestin.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jambatannetizen 6-11-2023 12:10 AM
Dia ini, pernah aku tengok he dalam satu frame dengan AC Mizal. Show apa ntah lupa.

Tengok AC Mizal melayan dia ini mcm bawah tapak kaki je eh. Haha.
Quote Samerosie 6-11-2023 08:54 AM
Teru sangat dah level spelling and comprehension bbnu melayu.
Quote gideoncross 6-11-2023 09:19 AM
Netz Mulayu Melesia time perang ni rata2 trpaling.
Quote Prickford 6-11-2023 09:31 AM
Hal mcm ni pon netizen nak kacau heolls. Dia tu meniaga air jagung guna nama heolls je. Jeling2 je la netizen pon. Takdo kono mongono!
Quote amon_79 6-11-2023 09:56 AM
iols support je amir ni... jenis kerja kuat  cari rezki utk anak bini...xder nk merayu minta derma org bayarkan sewa rumah walau pun heols boleh kategori oku
Quote mamajawie 6-11-2023 10:15 AM
sedap x air jagung heollss?tak boleh pos nationwide malaysia ke?
Quote Burong_Hantuk 6-11-2023 10:54 AM
Quote beautifulorchid 6-11-2023 10:56 AM
tukar la ke reka amir ..mmg ko yg nak bunyik bunyik international.. buduhnye artis
Quote ezacbee 6-11-2023 10:59 AM
Netizen ni cam trauma nama Amerika..

Quote shernazz 6-11-2023 11:01 AM
Iols pernah beli air Amir neh
Iols kalau nak beli kena standby air kosong sebotol
Dapat 2 botol air jagung kalau campur air kosong.sebab Manis gila..
Lepas campur..rasa sedap la...iols sokong je sapa sapa niaga tepi Jalan Ni...
Gerai Amir neh dkt dgn rumah mak iols..so ada kekadang beli juga
Quote sayurmayur88 6-11-2023 12:26 PM
ok je pon nama tu. biasalah netizen mesia ni
Quote kotakbaju 6-11-2023 05:28 PM
amon_79: iols support je amir ni... jen ...


Oku apa si amir ni?
Quote Zeatyisaac 6-11-2023 06:18 PM
mamajawie replied at 6-11-2023 10:15 AM
sedap x air jagung heollss?tak boleh pos nationwide malaysia ke?

Sedap, I suka. Rasa dia krim penuh.
Quote mamajawie 7-11-2023 10:04 AM
Zeatyisaac replied at 6-11-2023 06:18 PM
Sedap, I suka. Rasa dia krim penuh.

yeke sis?alah sayangnya takde postage ke semenanjung..

Quote Kangkung1M 7-11-2023 10:31 AM
amon_79 replied at 5-11-2023 09:56 PM
iols support je amir ni... jenis kerja kuat  cari rezki utk anak bini...xder nk merayu minta derma o ...

Rasanya Amir dan isteri dah lama bawa haluan masing2.
Quote kucingitam 7-11-2023 10:42 AM
bodohnya la melayu yang taksub, terpaling palestin ni..nama gitu pun nak triggered..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.036242 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top